Sunday, September 26, 2010

LIM GUAN ENG: SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS DATANGNYA DARI PERJUDIAN

Laman blog Pisau.net sebelum ini mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan dana sumber daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar telah mendapat bantahan daripada Lim Guan Eng.

Menurutnya lagi dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan Pulau Pinang menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Akhirnya, Lim Guan Eng hari ini mengakui Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan dana yang diperolehi daripada sumber perjudian seperti lumba kuda bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan berhubung sepucuk surat Kerajaan Pulau Pinang yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang mengenai baki sumbangan RM500,000.

Surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Lim Guan Eng, Farida Hani M. Yacob mengesahkan sumbangan tersebut telah diterima Kerajaan Pulau Pinang walaupun sebelum ini dinafikan.

Pisau.net menjelaskan bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Pendedahan pemberian dana Pulau Pinang yang diterima warga emas itu telah mendapat liputan hangat daripada Pemuda UMNO dan bloggers yang dituduh sengaja membuat bising.

Menurutnya lagi, RM100 yang diberikan kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?, soalnya.

Putar belit Lim Guan Eng bukanlah perkara baru dan tindakannya kali ini merupakan tindakan yang telah menjadi asam garam beliau setelah menjadi Ketua Menteri. Di sebalik bijaksananya Lim Guan Eng memutarbelitkan sesuatu isu, bijaksana lagi bloggers yang menjadi duri dalam daging bagi dirinya.

Pengakuan Lim Guan Eng bahawa dana bantuan kepada warga emas di Pulau Pinang adalah bersumberkan perjudian. Judi haram di sisi agama Islam, dan juga agama-agama lain. Jelas bahawa tindakan Kerajaan Pulau Pinang adalah bertentangan dengan Islam sebagai agama rasmi negeri dan negara. Di manakah suara-suara pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin Islam PKR. Agaknya semua mereka ini takut kepada kuasa diktator yang ada pada Lim Guan Eng sama seperti bapanya, Lim Kit Siang.

Sudah terang lagi bersuluh. Apakah ini yang dimahukan rakyat Sarawak yang akan menjalankan kewajipan mereka memilih pemimpin-pemimpin negeri dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Renung-renungkanlah apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang ini sebagai suatu pengajaran kepada rakyat Sarawak. Telah terbukti segala macam yang dilakukan pembangkang amat keji dan sungguh menjijikan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger