Tuesday, September 21, 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT HANYA UNTUK ANWAR IBRAHIM

Nurul Izzah yang juga anak kepada Anwar Ibrahim telah menyampaikan pesanan kepada rakyat Sarawak dan Malaysia supaya berhati-hati dan tidak membiarkan golongan pelampau tertentu dengan idea-idea sempit menguasai dialog politik.

Menurutnya lagi, golongan ini adalah lebih teruk daripada serigala berbulu domba.

Seharus persoalan ini diajukan kepada ahli-ahli dan juga YB-YB Pakatan Rakyat termasuklah beliau sendiri yang sebelum ini mengamalkan politik sempit dengan memainkan isu perkauman dan memfitnah terhadap pemimpin BN. Tidak cukup dengan itu, beliau mendakwa kononnya Malaysia mengamalkan politik sempit dan memburukkan Malaysia di negara jiran, Indonesia. Apakah pemimpin sebegini yang rakyat Malaysia khasnya dan Sarawak umumnya mahukan? Pemimpin yang hanya tahu merosakkan bangsa, agama dan negara.

Dan, yang paling layak menerima persoalan ini juga tidak lain dan tidak bukan ialah bapanya sendiri yang sekarang ini ternyata masih belum puas selagi cita-citanya belum tercapai iaitu menjadi Perdana Menteri. Suatu ketika Anwar Ibrahim dianggap segelintir pihak mempunyai peluang besar untuk menggantikan Tun Dr Mahathir setelah berjaya mewujudkan satu kumpulan yang akan mengalahkan Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO. Lakonan Anwar Ibrahim semasa persidangan UMNO tidak lekang dengan memuji Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir di hadapan perwakilan, tetapi dalam diam telah mengatur startegi untuk menjatuhkan Presiden UMNO dalam usaha untuk menjawat jawatan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Tidak lama lagi, pemilihan jawatan tertinggi akan berlangsung dan sekarang, ramai ahli dan YB-YB PKR sedang berjuang dan mempopularkan diri untuk mendapat perhatian bagi memperoleh jawatan tertinggi dalam PKR. Ketua Umum PKR yang sebelum ini disandang Anwar Ibrahim dijangka akan mengekalkannya walaupun jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan parti dan tidak wujud dalam perlembagaan parti. Sebaliknya diwujudkan untuk Anwar Ibrahim sehingga beliau meninggal dunia. Dan, selepas itu tidak akan diwujudkan lagi.

Jawatan Ketua Umum PKR ini dikatakan dikhususkan kepada Anwar Ibrahim setelah beliau keluar dari penjara. Walaupun tidak dipertandingkan dan diketahui jawatan Presiden parti adalah yang paling tinggi, namun tidak bagi PKR. Presiden PKR hanya sebagai boneka sahaja sebaliknya yang paling berkuasa ialah Ketua Umum PKR. Disebabkan itu, jawatan Ketua Umum PKR tidak dipertandingkan sebaliknya hanya jawatan Pengerusi dan jawatan di bawahnya sahaja yang akan dipertandingkan.

Pendek kata Anwar Ibrahim akan menyandang jawatan Ketua Umum PKR sehingga beliau bersara atau paling cepat apabila beliau meninggal dunia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger