Sunday, September 26, 2010

PARTI KIAN REBAH (PKR) TERUS BOHONGI RAKYAT

Menjadi kelaziman PKR yang sentiasa mengecam Kerajaan negeri demi kepentingan politik sempit mereka. Kelantangan pemimpin-pemimpin PKR samada dari Semenanjung mahupun Sarawak sendiri yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Kerajaan bagi memenuhi agenda politik mereka.

Terbaru, PKR dalam janjinya mendakwa PKR dan Pakatan Rakyat akan mengembalikan tanah NCR kepada pemilik tanah sekiranya parti itu memerintah Sarawak pada pilihan raya akan datang. Janji-janji sebegini sentiasa ditaburkan menjelang pilihan raya. Apabila menang, jauh sekali menunaikan janji.

Lihat sahaja 2 negeri contoh pimpinan Pakatan Rakyat, Selangor dan Pulau Pinang yang ketika ini banyak berlaku 1001 macam permasalahan dan persengketaan. Akibat daripada janji-janji manis, rakyat di kedua-dua negeri itu terpedaya sehingga mencetuskan ‘perubahan’ dan peralihan tampuk pentadbiran negeri. Dek kerana politik yang tidak kehabisan, janji-janji pilihan raya tidak ditunaikan sehingga kini. Rakyat yang selama ini banyak menaruh harapan telah hilang pertimbangan dan memaksa rakyat memberontak.

Dalam konteks Sarawak, janji PKR dan Pakatan Rakyat akan mengembalikan tanah NCR kepada pemilik tanah sekiranya parti itu memerintah seharusnya dianggap sebagai ‘cakap kosong’. Sehingga kini, tidak ada tanah adat yang pernah dirampas Kerajaan daripada pemiliknya di Sarawak seperti yang pernah didakwa pembangkang. Sebaliknya, Kerajaan sentiasa mengiktiraf kewujudan tanah NCR di Sarawak.

Dijangkakan pembangkang akan menggunakan isu tanah NCR sebagai bahan kempen bagi meraih undi khususnya di kawasan luar bandar yang kebanyakkan mereka mempunyai tanah NCR.

Peruntukan RM20 juta bagi kerja-kerja penyukatan tanah NCR seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa lawatan beliau di Miri telahpun berlangsung. Kesediaan Kerajaan memperuntukkan wang sebegitu banyak adalah bagi menyelesaikan isu tanah yang masih dalam proses penyelesaian. Kerja-kerja ini memerlukan masa dan kerjasama daripada pemilik-pemilik tanah supaya tanah-tanah mereka boleh disukat.

Walaupun PKR mahupun pembangkang yang lain mengetahui usaha-usaha yang dijalankan Kerajaan ke atas tanah NCR, namun mereka tetap akan meracuni pemikiran pengundi-pengundi luar bandar. Atas faktor penduduk luar bandar mudah dibohongi dan kebanyakkan mereka tidak berpelajaran dan mudah diputarbelitkan menyebabkan penduduk luar bandar menjadi sasaran utama mereka.

Pembangkang juga mahu memastikan penduduk luar bandar yang tidak berpengetahuan ini untuk terus menyokong mereka. Pada mereka sokongan pengundi luar bandar ini akan membantu mereka ‘merampas’ negeri. Setelah berjaya memerintah, adalah tidak mustahil nasib rakyat Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti Selangor dan Pulau Pinang yang tidak henti-henti dengan hal-hal politik. Sekiranya dahulu orang bercerita pasal politik apabila tiba hendak pilihan raya, namun sekarang ini juah berbeza. Pembangkang terutamanya tidak henti-henti bercakap politik walaupun pilihan raya jauh lagi.

Kerajaan akan terus memastikan permasalahan rakyat dapat terus dibela berlandaskan tindakan. Tidak seperti pembangkang yang banyak menabur janji, tetapi satu pun tidak ditunaikan. Kerajaan akan pastikan rakyat mendapat pembelaan dan pembangunan negeri akan dapat dipacu ke arah landasan kemajuan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger