Thursday, September 23, 2010

PENANGGUHAN KES LIWAT ANWAR ADA AGENDA TERSEMBUNYI

Telah banyak kali kes liwat Anwar Ibrahim ditangguhkan dan sejak itu pelbagai persoalan timbul mengenai kes tersebut. Penangguhan demi penangguhan dibuat Anwar Ibrahim telah menyebabkan mangsa liwat, Saiful Bukhari Azlan tidak mendapat pembelaan yang sejawarnya, sebaliknya Anwar Ibrahim bebas begitu sahaja tanpa rasa bersalah sehingga sanggup ke luar negara dan menjaja pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Penangguhan beberapa kali perbicaraan kes liwat disebabkan permohonan demi permohonan yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan mahkamah terpaksa mendengar permohonan tersebut. Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim berbuat demikian? Apakah ingin menangguhkan kes liwat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13? Secara langsung akan ‘melepaskan’ diri daripada terus didakwa dalam kes liwatnya.

Implikasi penangguhan kes liwat Anwar Ibrahim juga melibatkan kos guaman yang akan terus bertambah apabila setiap kali kes ditangguhkan khususnya di pihak pendakwa. Harus diingat wang yang digunakan untuk membayar kos guaman merupakan wang rakyat dan seharusnya pendakwaan itu tidak mengambil terlalu banyak masa.

Sebelum ini, kes liwat Anwar Ibrahim telah ditangguhkan Mahkamah Tinggi kepada 14 Oktober 2010 bagi pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, Dr Razali Ibrahim.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah menetapkan 25 hingga 29 Oktober 2010, 22 hingga 26 November 2010 dan 6 hingga 10 Disember 2010 bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes semalam.

Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setia kasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Selain mengambil kira kos guaman meningkat dan ‘bebas’nya Anwar Ibrahim ketika ini, kesengsaraan mangsa, Mohd Saiful perlu juga diambil tindakan kerana tidak mendapat keadilan apabila kes liwat itu terlalu kerap ditangguhkan dan seolah-olah menafikan keadilan terhadap Mohd. Saiful.

Apa yang dihadapi Anwar Ibrahim ini adalah atas tindakan dan perbuatannya sendiri. Biarlah mahkamah tentukan kerana negara kita mempunyai undang-undang. Sebagai manusia, andai hukuman di dunia terlepas sudah pasti hukuman di akhirat tidak akan terlepas. Sekiranya tidak bersalah kenapa perlu tangguhkan perbicaraan.

Apakah orang seperti Anwar Ibrahim yang dimahukan rakyat Sarawak bagi menerajui Malaysia? Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim peliwat. Geli rakyat mendengarnya. Andai ketuanya sebegitu, bagaimana pula dengan anak-anak buahnya.

Justeru, rakyat Sarawak diseru untuk tidak memilih Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim ini ternyata akhlaknya rosak seperti yang pernah beliau lakukan dahulu terhadap adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja pada tahun 1998.

Menurut Sukma, "saya ingin menyatakan hubungan sejenis saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bermula dari tahun 1976 atau 1977, saya tidak berapa ingat. Tidak ingat berapa haribulan tapi pasti tahunnya”.

Ketahui lebih lanjut sejarah liwat Anwar Ibarhim di laman blog http://oreoyabun.blogspot.com/2009/01/gempar-hubungan-seks-anwar-sukma.html

Sukma telah membuat pengakuan mengenai hubungan homoseksnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 17 September 1998 di hadapan majistret Abdul Karim Abdul Jalil.

Bangunlah dari tidur rakyat Sarawak. Sebagai bangsa yang bermaruah, segera kita tolakkan pemimpin yang rosak akhlaknya. Kita tidak mahu anak cucu cicit kita berperangai sama seperti Anwar Ibrahim. Sokong Anwar Ibrahim maka anda sokong peliwat.

3 komen:

  1. Kita tak hairan jika Anwar dipilih jadi PM sebab Chua Soil Lek, pelakun porno pun boleh dipilih sbg presiden MCA!

    ReplyDelete
  2. RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN MENERIMA PEMIMPIN SAPERTI ANWAR ,ANWAR SEGERA BERMAIN POLITIK,SELESAI DAHULU MASALAH PERIBADINYA,BUKAN MEMINTA PENYOKONG2NYA TERLIBAT DALAMKES LIWATNYA...ANWAR SEBENARNYA TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN.

    ReplyDelete
  3. SANGAT-SANGAT MEMBOSANKAN BILA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DITANGGUH BERPULUH-PULUH KALI....KENAPA KEBAL SANGAT `MANUSIA ANUGRAH TUHAN' INI? SAYA SANGAT KASIHAN KPD. SYAIFUL,KENAPA HAKNYA DIPANDANG SEPI? SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEKUATAN LUAR BIASA KEPADA SYAIFUL......ALLAH BERSAMANYA.......AMIN.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger