Monday, September 20, 2010

PERJUANGAN PKR BUKAN UNTUK RAKYAT SARAWAK, TETAPI DEMI MEREALISASIKAN HASRAT ANWAR JADI PERDANA MENTERI


Keadaan geografi dengan bentuk muka bumi Sarawak yang luas di samping kesukaran lojistik untuk sampai ke kawasan luar bandar merupakan cabaran utama PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Ini diakui sendiri Nurul Izzah semasa 'bertandang' ke Sarawak pada 16 September 2010 sebagai sebahagian daripada mempromosikan diri ketika PKR sedang hangat berkempen bagi mendapatkan sokongan ahli dalam pemilihan parti yang dijadualkan penghujung bulan ini.

Nurul Izzah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bertanding dalam pemilihan parti berikutan bapa dan emaknya juga akan turut mempertahankan jawatan masing-masing. Andai Nurul Izzah menang sudah pasti PKR akan ditakluki oleh FAMILY ANWAR.

Bercakap mengenai kempen PKR di Sarawak, kebanyakan kawasan DUN yang akan ditandingi PKR dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang dan setelah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat Sarawak banyak tertumpu di kawasan luar bandar. Manakala, DAP yang merupakan kompenan Pakatan Rakyat Sarawak akan menumpukan kepada kawasan bandar yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina. PAS dan SNAP masing-masing diberikan kawasan luar bandar yang lebih banyak tertumpu kepada kawasan luar bandar dengan majoriti orang Melayu dan Bumiputera. Walaupun pembahagian kawasan telah diputuskan, namun 5 kawasan masih dalam perbincangan dengan pertindihan PKR dan DAP yang masing-masing mahu bertanding di kawasan itu. Sehingga kini 5 kawasan itu masih lagi dalam pertikaian.

PKR telah mendapat pengalaman semasa Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang dengan menganggap faktor geografi memberi masalah kepada PKR. Walaupun DAP Sarawak menang dalam PRK P.212 Sibu, PKR telah merasai bahawa kedudukan muka bumi di beberapa daerah mengundi dalam Parlimen Sibu ini telah menyusahkan mereka dan membuatkan faktor kos berkempen semasa pilihan raya meningkat. Andai PRK P.212 Sibu diambil kira ternyata PKR tidak mampu untuk pergi jauh dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi mereka yang dianggarkan lebih kurang 45 kerusi yang kebanyakannya di kawasan luar bandar akan menyebabkan mereka menyerah. Ini menunjukkan perjuangan PKR di Sarawak bukan perjuangan politik membantu rakyat, tetapi lebih kepada mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Dalam merealisasikan hasrat PKR ini, mereka bukan sahaja akan menggunakan peranan kaum Dayak untuk mendapatkan sokongan bahkan SNAP yang merupakan rakan terbaru mereka dalam Pakatan Rakyat Sarawak akan turut dipergunakan. Walaupun SNAP merupakan parti tempatan Sarawak dan pengurusannya tidak dicampuri pemimpin daripada Semenanjung sepertimana PKR, DAP dan PAS, namun mereka tidak mempunyai suara dan kuasa. Ini terbukti apabila SNAP hanya diperuntukkan kurang daripada 10 kawasan DUN walaupun suatu ketika pernah menjadi parti yang kuat semasa dalam BN Sarawak dahulu.

Belum menang, tetapi PKR, DAP dan PAS secara terang-terangan telah meminggirkan SNAP yang merupakan parti tempatan. Dan, PKR, DAP dan PAS ini tidak dipimpin oleh rakyat tempatan, tetapi dikawal dan mendapat arahan daripada pemimpin-pemimpin Semenanjung.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger