Tuesday, September 21, 2010

PKR AMALKAN POLITIK KEPELBAGAIAN KAUM???

"PKR sedang berusaha keras untuk merealisasikan kepelbagaian kaum yang menjadi misi utama mereka dalam mendapat sokongan, tetapi tidak mengikut cara UMNO untuk mendapatkan sokongan politik", Nurul Izzah Anwar.

Sememangnya UMNO dan parti kompenan BN lain tidak akan sesekali mengikut cara PKR yang ternyata hanya untuk kepentingan seorang sahaja, iaitu mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Merealisasikan hasrat kepelbagaian kaum hanya sebagai gambaran atau lebih mudah lagi sebagai boneka. Manakan tidak, PKR dikuasai keluarga Anwar Ibrahim (isteri dan anak-anak) sama seperti DAP (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) juga PAS (Nik Aziz dan anak dan menantu).

BN mempunyai cara tersendiri bermula daripada Parti Perikatan sehingga berjaya memerdekakan negara. Dan, sekarang Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menghancurkan negara dengan menjaja nama buruk pemimpin negara kepada negara-negara luar.

Apakah ini yang dinamakan politik matang yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat? Jika ini yang ingin disampaikan mereka, maka rakyat tiada cara lain hanyalah menolak mereka yang ternyata menghancurkan negara demi kepentingan politik sempit mereka semata-mata kerana Anwar Ibrahim.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger