Thursday, September 30, 2010

PKR SARAWAK SUNYI SEPI, PKR SELANGOR BERLAGAK AKSI

Apa dah jadi? Inikah parti yang hendak dijadikan pemerintah Sarawak? Apakah mereka ini mampu memerintah? Bagaimanakah keadaan mereka memerintah? Inilah persoalan yang patut ditujukan kepada PKR setelah melihat kepada apa yang sedang berlaku.


Berbeza dengan rakan mereka di Semenanjung, PKR Sarawak ketika ini hanya mampu ‘melihat’ dan ‘menonton’ sandiwara rakan-rakan mereka khususnya di Selangor yang sedang bertarung untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

Pertarungan 2 kumpulan, kumpulan Anwar Ibrahim/ Azmin Ali dan Zaid Ibrahim menuju ke kemuncak apabila pemilihan Cabang PKR kelihatan sengit. Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku di Sarawak ketika mana rakan mereka bertarung ala ‘Parlimen Taiwan’ sehingga sanggup membaling kerusi meja. Pemilihan PKR di Sarawak nampak tenang dan tenteram disebabkan beberapa Cabang PKR masih ‘haram’.

Ketika cabang-cabang PKR di Selangor sedang ‘sibuk’ bikin filem dengan pelbagai macam tajuk, PKR Sarawak semacam sunyi sepi. Sunyi menjadi penonton ketika rakan-rakan mereka dalam PKR menunjukkan aksi-aksi ‘menarik’ sesuai menjadi tontonan umum. Mungkin agaknya masih tertarik dengan pelakon-pelakon mereka yang sudah berpengalaman dan mahu dijadikan aspirasi kepada mereka di Sarawak. Andai ini yang berlaku, maka inilah matlamat sebenar PKR datang ke Sarawak.

Sebanyak 9 bahagian PKR Sarawak tidak dapat mengadakan menyuarat agungnya (AGM) kerana menghadapi masalah pentadbiran. Antara bahagian-bahagian tersebut termasuklah Santubong, Batang Sadong, Kota Samarahan, Baram dan Saratok.

Beberapa hari lalu, rombongan Azmin Ali telah datang ke Batang Sadong untuk berkempen untuk pihaknya pada pemilihan parti akan datang. Sebelum itu, Zaid Ibrahim telah juga datang ke Sarawak bagi mengadakan pertemuan dengan rakyat dan seterusnya berkempen untuk diri sendiri.
Mungkin agaknya PKR Sarawak mengambil jalan selamat untuk tidak mengikuti karenah rakan mereka di Semenanjung. Atau, PKR Sarawak kekurangan pemimpin yang berwibawa sehingga tidak ada calon lain yang mampu mengguggat calon lama.

Walaupun beberapa bahagian masih berstatus ‘haram’, PKR Sarawak telah menjelaskan setiap bahagian tidak dikekang daripada menyertai pemilihan Pusat Majlis Perwakilan (CLC) November akan datang. Keadaan ini amat berbeza secara demokrasi dan hanya dilakukan oleh PKR sahaja. Menjadi kebiasaan PKR sanggup menidakkan amalan demokrasi asalkan matlamat dan cita-cita pemimpin atasan mereka tercapai.

Diketahui sebab utama penangguhan cabang bermesyuarat adalah disebabkan kelewatan proses notis sampai ke bahagian-bahagian terbabit. Alasan itu mungkin ada kebenarannya dan sebetulnya tidak harus berlaku ke atas sebuah parti yang lama dan dikatakan mengamalkan demokrasi. Alasan sebegini lebih kepada untuk menyelamatkan diri daripada terus dimalukan rakyat.

Apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran kepada rakyat Sarawak bahawa siapa yang mampu memerintah. Baru sahaja pemilihan peringkat cabang telah mempunyai masalah manakan pula apa yang akan berlaku andai mereka memerintah negeri. Inilah yang perlu ditakuti rakyat Sarawak.

PKR jelas tidak mampu mengawal diri dan tidak mampu memerintah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger