Sunday, October 17, 2010

AHLI-AHLI PKR DESAK ANWAR SEGERA BERTAUBAT

Perlakuan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Indonesia bukan sahaja mendapat kritikan daripada YB-YB dari BN bahkan juga daripada ahli-ahli PKR sendiri yang berasakan tindakan Anwar itu sudah melampau dan keterlaluan.

Malah mereka mendesak Anwar Ibrahim segera bertaubat berikutan pelbagai pembongkaran isu moral beliau selain berundur daripada memimpin PKR yang selama ini banyak dirosakkan Anwar dan Azmin.

Ini bukan helah mahupun propaganda Kerajaan seperti yang pernah didakwa Anwar di Indonesia bahawa media massa di Malaysia dikekang oleh Kerajaan.

Seramai kira-kira 60 orang ahli PKR yang datangnya dari Pulau Pinang dan Perak berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR dan menyerahkan memorandum bertajuk ‘Taubat Kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’.

Mereka ini kecewa bukan sahaja dengan sikap Anwar bahkan keliru dengan perjuangan PKR itu sendiri. Wakilnya, Nur Ilmi Ismail dari Cabang PKR Bayan Baru, Pulau Pinang menyatakan PKR memerlukan seorang pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukannya hanya sibuk mengendalikan kes peribadi.

Seperti diketahui, Anwar sekarang ini sedang dan masih menghadapi pertuduhan dakwaan liwat ke atas Saiful Bukhari di mahkamah. Atas kelicikan peguam bela dan Anwar, mereka telah berjaya menangguhkan perbicaraan dari tahun ke tahun. Penangguhan kes liwat Anwar ini telah memberi ruang dan peluang Anwar untuk terus menjaja kesnya itu di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan terbaru di Indonesia.

Kesabaran ahli-ahli PKR terutama golongan muda ada hadnya dan tidak keterlaluan mereka akan mendesak Anwar meletak jawatan dengan segera. Makhluk seperti Anwar inilah yang telah merosakkan parti demi agenda peribadinya untuk melepaskan diri daripada undang-undang.

Nur Ilmi Ismail telah menyerahkan memorandum ‘Taubat Kepada Anwar yang juga Penasihat PKR’ kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Rauo Imran, kira-kira jam 11.00 pagi ketika berlangsungnya proses penerimaan pencalonan Pemilihan PKR 2010.

Semenjak pendedahan demi pendedahan dibongkar, apabila dua individu tampil mendakwa dirinya dipaksa oleh peguam Anwar untuk menandatangani akuan bersumpah kononya tuduhan liwat itu adalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Untuk itu, Anwar seharusnya tampil menjawab tuduhan itu kerana ia telah mencemar imej PKR dan ramai golongan muda sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar. Dan, bukannya berbohong dan mencari ihsan dari negara lain yang kebanyakkanya hanya menumpang populariti Anwar sebagai pesalah liwat.

1 komen:

  1. salam, mohon tuan punya blog link saya , sya telah linkan blog tuan ,saya budak baru belajar sila tunjuk ajar demi mempertahankan sarawak tercinta.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger