Saturday, October 16, 2010

DUN KEMENA: DR JOHN BRAIN KEHAMPAAN, BERNARD BINAR KEGEMBIRAAN

Kerusi DUN Kemena yang ketika ini disandang Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kesihatan Awam dari BN hangat dan menjadi rebutan di kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat Sarawak khususnya ahli-ahli daripada PKR. Sebelum ini, calon yang dikatakan ‘favourite’ dalam mengisi wakil calon Pakatan Rakyat datangnya dari ‘blogger’ Dayakbaru, Dr John Brain. Beliau yang sejak dua tahun ini kerap menghasil dan menerbitkan artikel masyarakat Dayak khusus dalam memperjuangkan legasi masyarakat Dayak di Sarawak. Tidak ketinggalan juga kritikan yang dilemparkan ke atas usaha Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Dayak.

Sebelum terbitnya artikel ini, beliau telah diangkat oleh ‘orang-orang dalam’ sebagai calon PKR di DUN Kemena. Berita ini telah kerap tersebar bukan sahaja di Bintulu malah di seluruh Sarawak sehingga menjadi perbualan di kalangan ahli-ahli PKR. Beliau juga tidak menafikan malah berharap PKR Sarawak dapat mencalonkan Dr John Brain bagi menentang calon BN. Ini diperkuatkan lagi dengan beberapa artikel tulisannya yang sangat berharap agar beliau menjadi calon utama ketika menentang penyandang DUN Kemena itu.

Namun, desas-desus calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di DUN Kemena telahpun terjawab. Tetapi, yang memeranjatkan ialah nama Dr John Brain, calon yang disebut-sebut itu tiada langsung dalam senarai Pakatan Rakyat dan PKR. Sebaliknya, calon pilihan PKR bagi DUN Kemena ialah Setiausaha PKR Bintulu, Bernard Binar.

Bernard Binar, 51 ketika diumumkan sangat terperanjat dan terharu kerana beliau tidak menyangka akan dipilih sebagai calon PKR di DUN Kemena. Beliau sememangnya sangat tidak percaya bahkan menyangka PKR Bintulu telah memilih Dr John Brain. Pengumuman Bernard Binar sebagai calon PKR di DUN Kemena sekaligus melenyapkan impian menggunung tinggi Dr John Brain menjadi calon apatah lagi memegang taraf YB.

Menurut Bernard Binar, “Saya tidak pernah meminta dicalonkan, tetapi jika itu kehendak pucuk pimpinan parti, saya akan pertimbangkan”.

DUN Kemena menjadi pilihan PKR dan merupakan kawasan majoriti masyarakat Dayak. Bernard Binar sebelum ini dikatakan sangat aktif dalam mempromosikan PKR di kawasan Kemena dan Bintulu.

Keghairahan Dr John Brain dalam mempopularkan dirinya sebagai pejuang masyarakat Dayak dan sering mengkritik pembangunan yang dibawa Kerajaan ke atas Sarawak dan masyarakat Dayak. Menidakkan pemilihan beliau dilihat sangat memberi tamparan besar ke atas dirinya dengan faktor utama beliau tidak dipilih disebabkan beliau bukan merupakan ahli PKR, tetapi sebaliknya hanya ‘berkawan’ baik dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak.

Pastinya selepas ini, keaktifan blog Dr John Brain akan sedikit demi sedikit menurun ekoran kehampaannya dalam menjadi calon PKR di DUN Kemena. Tahniah buat Bernard Binar dan takziah buat Dr John Brain.

2 komen:

  1. Itu la kita tak faham-faham, tidak semestinya seseorang itu adalah Adun untuk memperjuangkan legasi masyarakat Dayak di Sarawak. Ianya adalah terdiri daripada setip orang tak kira lingkungan usia asalkan iklas dan kebenaran dari hati. Bagi seorang Adun, dia hanya lah wakil sahaja. Yang bertanggungjawab adalah semua mesyarakat Dayaks. mereka sendirilah yang mementukan masa depan mereka.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger