Saturday, October 2, 2010

KAWAN ‘MAKAN’ KAWAN, SIAPA PEDULI?

Mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak percaya bahawa Azmin Ali menjadi dalang untuk menjatuhkannya dan mahu merampas jawatan Menteri Besar Selangor?


“Saya tidak percaya yang Azmin melakukan perkara ini”. Utusan Online 2 Oktober 2010.

Sama ada Khalid Ibrahim percaya atau tidak, itu bukan masalahnya. Dan, artikel ini pun bukannya hendak membela mahupun menyokong Khalid Ibrahim sebaliknya, memberitahu perangai dan kelakuan pemimpin-pemimpin PKR. Manakan tidak, Azmin sewaktu di Sarawak siap mempromosi diri untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan mendakwa calon lain yang turut sama berebut jawatan itu, Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim mahupun Nurul Izzah yang berminat untuk menjawat jawatan itu ‘tidak boleh pakai’. Maksudnya di sini, ketiga-tiga calon tersebut di katakan lemah dan tidak lantang bersuara untuk membela rakyat.

Khalid Ibrahim, misalnya, selama memegang jawatan Menteri Besar, apakah sumbangannya? Hanya pandai mendengar dan mengikut telunjuk DAP dan PAS. Di manakah kredibilitinya sebagai Menteri Besar dalam membuat keputusan. Oleh sebab itu, Azmin Ali mengintai jawatan Menteri Besar bagi menidakkan peranan DAP dan PAS sekarang yang dilihat melebihi PKR.

Pendedahan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ng Lum Yong mengenai Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (REFORMIS), Ramlan Abu Bakar telah diupah oleh Azmin bagi menjatuhkan Khalis Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Ramlan Abu Bakar

Bukti di atas yang diperolehi hasil daripada perbualan telefon Ramlan dengan individu yang belum diketahui identitinya selama 10 minit dan telah dimuat turun dalam bentuk cakera padat.

Habuan yang akan diterima Ramlan pastinya melibatkan perniagaan, iaitu tapak perniagaan pasarmalam (uptown) kepada penggeraj reformis bagi menjayakan demontrasi kecil di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Klik sini untuk lebih lanjut ...

Walau secerdik mana Azmin, cerdik lagi orang lain. Andai ini benar-benar berlaku, nescaya Khalid Ibrahim akan kalah terduduk. Bukan kalah parti, bahkan kalah jawatan Menteri Besar.

Perangai Azmin sebiji dengan perangai mentornya, Anwar Ibrahim. Adalah tidak mustahil Azmin Ali bakal pengganti Anwar Ibrahim yang sekarang ini dilihat tidak sihat dan termakan sumpah Saiful dalam kes liwatnya.

Apapun, kita hanya mampu melihat.....

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger