Sunday, October 3, 2010

PELIK TAPI BENAR: PEMILIHAN PKR SRI AMAN

Ketika Pemilihan PKR sedang rancak dengan aksi-aksi ganas ala ‘Parlimen Taiwan’ yang sanggup membaling meja dan kerusi serta tidak lupa juga sanggup melakukan aksi tampar, mencekik dan menendang ahli-ahli PKR sendiri. Itulah demokrasi sebenar yang dimahukan PKR.

Pemilihan PKR hanya untuk ahli-ahli PKR sahaja dan tidak melibatkan mana-mana ahli luar parti. Sekiranya ada parti luar, ia mungkin boleh dianggap sebagai pemerhati tanpa melibatkan pengundi. Bagaimanapun, demokrasi PKR dan Pakatan Rakyat berbeza sedikit kerana ‘membolehkan’ ahli parti lain, tetapi dalam rakan Pakatan boleh mengundi. Inilah yang berlaku di PKR Bahagian Sri Aman di mana ahli-ahli DAP juga turut dibolehkan mengundi bagi memilih calon-calon yang bertanding. Persoalannya, apakah PKR tidak mempunyai ramai calon di Sri Aman sehingga sanggup membuka proses pengundi kepada ahli-ahli DAP?

Ibi Uding Kalah Tipis Kepada Jimmy Donlad Dalam Pemilihan PKR Sri Aman

Dalam pemilihan PKR Bahagian Sri Aman, penyandang sebelumnya, Jimmy Donald telah ditentang Ketua Wanita PKR Sarawak, Ibi Uding. Dalam pertarungan sengit tersebut, Jimmy Donald (seperti dijangka) telah memenangi pertandingan itu dengan hanya kelebihan 8 undi sahaja. Jimmy Donold mendapat 84 undi manakala Ibi Uding mendapat 76 undi. Apakah kelebihan undi yang dimiliki Jimmy Donald ini datangnya daripada ahli-ahli DAP? Anda tahu jawapannya.

Inilah demokrasi ala PKR yang dikatakan Azmin sebagai pemilihan yang sangat telus. Berbeza sebelum ini, PKR menidakkan pemilihan yang dilakukan UMNO, PBB mahupun parti komponen BN lain sebagai salah dan tidak telus. Membawa masuk pengundi yang bukan ahli untuk mengundi setelah mengetahui dirinya tidak berpeluang untuk menang merupakan satu perkara yang diharuskan dalam PKR. Atas sebab itu, kekecohan teruk dalam Pemlihan PKR tahun ini adalah yang terburuk dalam demokrasi negara. Tahniah kerana PKR telah mencipta rekod dalam Buku Malaysia.

Apa yang berlaku sekarang baru saja berlaku dalam pemilihan parti di peringkat cabang. Apakah pula yang berlaku ketika Pemilihan PKR Peringkat Tertinggi? Pasti, akan ada satu drama atau filem yang lebih hebat dalam sesi Pemilihan PKR Peringkat Tertinggi. Demikian juga ketika mereka memerintah negeri Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanakah pula kelakuan mereka memerintah negara?

Jauhkanlah kami dari Pemerintahan PKR, DAP, PAS, SNAP dan Pakatan Rakyat. Amin.

2 komen:

  1. salam,

    tahniah atas pendedahan.. sekurang2nya kita tahu selama ini prinsip demokrasi PKR hanya sah mengikut citarasa mereka sahaja.

    ReplyDelete
  2. pendedahan perlu dilakukan demi kebenaran terserlah...

    hanya kebenaran sahaja yang mampu membuka mata dan telinga rakyat Sarawak....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger