Saturday, October 30, 2010

RAKYAT MALAYSIA WAJAR KETAHUI PERJANJIAN RAHSIA DAP-PKR

ngkin terlalu percaya dengan PKR dan DAP, maka PAS yang bertunjangkan Islam telah diperdaya oleh PKR dan DAP. Walaupun duduk dalam satu Pakatan, namun hakikatnya PAS tidak mengetahui hubungan sebenar PKR - DAP dalam Pakatan. Dalam erti kata lain, PAS duduk dalam Pakatan hanya sebagai boneka sahaja.

Pendedahan Zulkifli Noordin mengenai hubungan rahsia PKR – DAP tidak menghairankan kerana telah mengetahuinya dari mula lagi. Walau bagaimanapun, pendedahan ini sangat berguna kepada mereka yang masih belum mengetahuinya terutama ahli-ahli PAS yang selama ini telah dibohongi oleh pemimpin-pemimpin atasan PAS.

Perjanjian Rahsia yang dipersetujui PKR – DAP,

DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.

Perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

Perjanjian PKR – DAP ini boleh dilihat di 3 negeri yang berjaya ditawan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008. Tetapi, mujurlah Perak dapat diselamatkan manakala penduduk Pulau Pinang dan Selangor menderita yang tidak berkesudahan.

Perak dahulunya di bawah Pakatan Rakyat selama beberapa bulan sebelum bertukar tangan telah didominasi DAP dan bonekanya PKR. Walaupun Nizar Jamaluddin dari PKR jadi Menteri Besar namun kuasa membuat keputusan datangnya daripada DAP.

Walaupun Perak dapat diselamatkan, namun Selangor yang Menteri Besarnya disandang Khalid Ibrahim telah diperkudakan DAP. Manakala PAS melalui Khalid Samad dan Hassan Ali yang sebelum ini lantang memperjuangkan penjualan terbuka arak dan pertumbuhan rumah urut terpaksa ‘tutup mata’ ekoran suaranya tidak bernilai dan tidak didengar oleh PKR – DAP.

Sebaliknya kuasa DAP di Selangor sangat jelas sehingga menyebabkan Khalid Ibrahim sendiri diperkudakan dengan cara terhormat. Apa sahaja keputusan yang dilakukan Kerajaan Negeri Selangor adalah bersandarkan keputusan pemimpin-pemimpin DAP. Khalid Ibrahim hanya menolong menyampaikan sahaja.

Pulau Pinang sekarang ke arah menjadi negeri kapitalis yang berpaksikan persaingan ‘sihat’. Yang berkuasa akan terus berkuasa dan yang lemah akan terus lemah. Dalam erti kata lain, rakyat Melayu Pulau Pinang sekarang tidak mustahil akan berhijrah ke negeri lain untuk mencari kehidupan baru dan tidak kurang juga hidup merempat di negeri sendiri. Kezaliman pemerintahan DAP di Pulau Pinang sedikit sebanyak menggambarkan sikap sebenar mereka seandainya mereka berjaya menakluki Malaysia. Apakah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia???

Pendedahan Zulkifli Noordin ini baru di peringkat permulaan dan pastinya selepas ini akan lebih banyak lagi pendedahan yang akan dilakukan beliau. Keinsafan beliau selepas keluar daripada PKR telah berjaya membongkar kejahatan dalam Pakatan Rakyat. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

2 komen:

  1. dedah YB jangan tak dedah..lani orang jelutong dah kena hambat ..50 tahun lebih dok dikampong sana dah jadi pelarian pulak..aduhhh...itulah dasar DAP...nak nagis pun x leh nak buat apa pun sebab mahkamah dah bagi keputusan jadi UMNO Jeluotng Biro Perumahan tu dok lena lagi ke? Ketua Bahagian dia Abdul Razak Rahman, kerani TNB tu dok buat apo? tak nak tolong ke melayu kat sana? atau biarkan mereka jadi mangsa mainan politik sebab mereka ini kumpulan yang tidak sokong kepimpinan saurara Abdul Razak Rahman? kalau tak silap saya 18 cawangan dalam kawasan tu di haram oleh UMNO negeri Pulau Pinang dengan cadangan dari UMNO Bahagian Jelutong????? nak salahkan siapa yea DAP atau UMNO Negeri atau Ketua UMNO Bahagian Jelutong??? apa pun nasi kandar banyak sedap jugak...heheheh MELAYU MUDAH LUPA.......

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger