Monday, October 4, 2010

SANDIWARA RAJA PETRA MUNCUL LAGI

Siapa Raja Petra yang sanggup membelakangkan 'bos'nya, Anwar Ibrahim sehingga sanggup mengancam Pakatan Rakyat (PR)?

Adakah Raja Petra Kamaruddin, penulis blog kontroversi yang dibiayai sepenuhnya PR sanggup menghentikan sokongan kepada PR? Apakah beliau semacam kacang lupakan kulit? Atau, hanya provokasi bagi merabunkan mata Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi apabila beliau bercakap di hadapan Anwar Ibrahim!

Raja Petra menyatakan pendiriannya dalam satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Anwar Ibrahim.

Menurut Utusan Malaysia Online, bertarikh 4 September 2010, penulis blog Malaysia Today itu mengkritik secara terbuka terhadap PR di hadapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Apakah kritikan beliau di hadapan ‘maharaja’ Anwar ini sebagai sandiwara atau modal untuk meraih simpati bagi meraih sokongan kewangan ke atas Raja Petra ini.

Walaupun telah menguasai beberapa buah negeri, PR gagal menunaikan beberapa janji khususnya janji pilihan raya.

Kegagalan menunaikan janji pilihan raya mendorong Raja Petra mengancam menghentikan sokongan terhadap PR.

Bagaimanapun, sandiwara PR ini berjaya dihidu bagi mengalih tumpuan rakyat ke atas apa yang berlaku dalam PKR.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger