Tuesday, October 12, 2010

SOKONG KERAJAAN UNTUK PERJUANGKAN NASIB RAKYAT


Masyarakat Cina di negara ini mendapat banyak manfaat hasil daripada pemerintahan kerajaan BN yang menitikberatkan keseimbangan taraf hidup di kalangan semua kaum.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata,

“... masyarakat Cina telah diberi banyak peluang untuk menikmati pembangunan yang dirancangkan oleh Kerajaan BN selama ini”.

“... dari segi pendidikan, Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan akademik dan kokurikulum pendidikan sekolah-sekolah Cina. Kerjasama padu daripada Kerajaan telah membantu sekolah-sekolah Cina melahirkan ramai tenaga mahir dan profesional yang pada akhirnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara secara menyeluruh”.

“... kita melihat tahap pendidikan pelajar-pelajar Cina di negara ini semakin membangun. Pelajar-pelajar Cina juga diberi peluang pekerjaan yang bagus oleh Kerajaan. Justeru, adalah penting untuk rakyat (kaum Cina) terus menyokong Kerajaan BN agar kaum Cina dapat terus mengecapi kejayaan pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan.

Justeru, SUPP akan terus memperjuangkan masyarakat Cina terutama dalam membantu membangunkan sekolah-sekolah Cina di Sarawak.

Rakyat Cina khususnya perlu melihat DAP lebih kepada mendesak dan cakap-cakap kosong, janji tinggal janji. Mereka ini gemar membuat provokasi tanpa sebarang tindakan. Manakala, Kerajaan bersikap sentiasa membantu rakyat terutama dalam bidang kritikal. Isu pendidikan dan tanah yang sering dijadikan alat untuk mengkritik Kerajaan dianggap lapuk kerana Kerajaan sentiasa mengotakan janji-janjinya selaras dengan Rakyat Didahulukan.

Kekangan isu menyebabkan DAP menggunakan tohmahan dan serangan ke atas peribadi Kerajaan dalam usaha meraih simpati rakyat, sedangkan Kerajaan sentiasa fokus terhadap tanggungjawabnya setelah diberikan amanah oleh rakyat.

2 komen:

  1. Apa lagi yang mereka mahu.... sedangkan masih ramai peribumi-Bumiputera yang jauh ketinggalan dari pelbagai segi pembangunan hidup... tidak mampukah mereka hanya sekadar membalas dengan kesetiaan saja....

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Kita akan pastikan BN akan terus menerajui Kerajaan Negeri Sarawak.. Saya akan turut membantu blogger2 Politik di sana bagi meyakinkan rakyat Sarawak terhadap kecemerlangan Kepimpinan BN Sarawak.

    Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan khas iaitu 'Gelombang Sarawak' di blog saya..

    Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger