Tuesday, November 23, 2010

AHLI PKR DAN DAP SARAWAK IKUT JEJAK ZAID IBRAHIM

Jejak langkah Zaid Ibrahim nampaknya telah menular ke Sarawak. Dahulunya, jarak Semenanjung Malaysia dengan Sarawak TERsangat jauh. Ketika itu kos penerbangan Sarawak ke Kuala Lumpur sangat mahal, tetapi sekarang ianya jauh berubah.


Penerbangan MAS, Air Asia dan akan datang Firefly yang membuat penerbangan terus Kuching – Kuala Lumpur dan sebaliknya. Begitu juga talian telefon, panggilan dan SMS TERsangat murah, dan internet (facebook, twitter dan blog) cepat dan mudah dicapai oleh mana-mana negeri di Malaysia. Ini termasuklah informasi dan maklumat terkini dalam dan luar negara.

Dua minggu lalu, politik negara digemparkan oleh sidang akhbar Zaid Ibrahim yang mengutuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang didakwa menyeleweng dan tidak telus dalam mengadakan Pemilihan PKR 2010. Tetapi, berita itu tidaklah menggemparkan rakyat Malaysia kerana sebelum ini PKR sentiasa dihantui masalah dalaman sehingga menyebabkan pemimpin atasan PKR sentiasa memberikan sejuta macam alasan apabila diajukan masalah yang berlaku dalam PKR.


Seperti mana gemparnya Zaid Ibrahim, PKR Sarawak dan DAP Sarawak juga telah digemparkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan dan mempunyai hubung kait dengan pemecatan Zaid Ibrahim.

Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu. Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger