Sunday, November 28, 2010

ANWAR LIWAT ANUGERAH TUHAN?

Menjadi sifat semulajadi seorang isteri sentiasa berada di belakang suami ketika pelbagai ancaman yang berlaku ke atas suami. Berada di belakang bukan sahaja bermaksud untuk mengiyakan apa yang berlaku, tetapi sebaliknya berusaha menepis segala dakwaan yang dihadapi suaminya. Bahkan platform inilah yang sesuai untuk mengembalikan keyakinan isteri terhadap suaminya. Dan, itulah yang telah dilakukan isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah dalam ucaptamanya dalam pembukaan sidang Kongres Tahunan PKR Ke-7.


Anugerah Tuhan – Demi untuk mengembalikan keyakinan terhadap parti yang ditadbirnya dan mendapatkan semula keyakinan ahli-ahli PKR yang sekarang ini telah berpecah, Wan Azizah sanggup mentafsirkan kelahiran Anwar Ibrahim ke muka bumi ini sebagai anugerah Tuhan.

“Anwar Ibrahim merupakan Penasihat PKR yang merupakan seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi”.

Wan Azizah bte Wan Ismail, Presiden PKR

Apakah disebabkan pelbagai cabaran yang dihadapi Anwar Ibrahim seperti ditahan di bawah ISA dan dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa dikatakan lahirnya seorang insan hebat yang dianugerahkan Tuhan untuk memimpin rakyat?

Apakah ‘Anugerah Tuhan’ ini boleh secara sesuka hati menghina negara sendiri, memfitnah, sombong, bongkak dan segala macam ada dalam dirinya boleh terima akal sebagai anugerah tuhan?


Dalam terdesak, Wan Azizah sanggup menggunapakai pelbagai istilah khusus untuk suaminya kerana beliau tahu ‘ramai’ di luar sana masih lagi taksub terhadap Anwar Ibrahim termasuklah beberapa pemimpin tertinggi PKR yang diketuai Azmin Ali.

Apakah Wan Azizah tidak mengambil iktibar terhadap desakan Karpal Singh sebelum ini yang mahukan Anwar Ibrahim perlu bertaubat? Apakah Wan Azizah tidak menerima desakan ahli-ahli PKR akar umbi (seperti yang selalu digunakan PKR) supaya Anwar Ibrahim perlu berundur?
Demi menyelamatkan parti yang kian hancur, Wan Azizah sanggup menggunakan istilah  Anugerah Tuhan terhadap suaminya.

Apakah Azmin Ali boleh juga dianggap sebagai Anugerah Tuhan???

3 komen:

  1. AKU 100% SETUJU.......ANWAR MEMANG MANUSIA HEBAT DIATAS RANJANG..... SIAPA DAPAT TAKLUK SHAMSIDAR......, KALAU TIDAK BUKAN ANWAR? SIAPA DAPAT LIWAT BEKAS PEMANDU AZIZAH... SUKMA, SAIFUL dan mereka yang sewaktu dengannya, kalau TIDAK ANWAR? YA, ITULAH ANUGERAH ALLAH KEPADA ANWAR..... INGATTAK BAGAIMANA ANWAR TAKLUK AZIZAH GADIS SUNTI KETIKA DAN BAWA LARI KAHWIN LUAR KAWASAN? BUKAN KAH KISAH ITU ANWAR YANG PUNYA? SUNGGUH HEBAT MANUSIA BERNAMA ANWAR INI, MELEBEHI ANUGERAH YANG ALLAH BERI KEPADA NIK AJIS DAN HADI AWANG.....Lim Kit Siang dan Kapal Sinki ta usah banding, daki ANWAR pun tak boleh nak lawan!

    ReplyDelete
  2. Wanredone ,

    Setuju..memang itu lah kehebatan Anwar yang sebenarnya...susah nak cari manusia macam ni kat Malaysia..entah kat mana dia belajar...

    ReplyDelete
  3. BLOG sdr telah dipautkan kelaman http://anginria.blogspot.com. Mohon dipautkan laman saya jika ada ruang dan tidak keberatan. Salam perjuangan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger