Monday, November 1, 2010

PERGOLAKAN DALAM PKR MUDAHKAN STRATEGI BN DI BATU SAPI

Sebelum pengumuman nama calon bagi PKR, telah berlaku pergolakan dalam PKR berikutan keputusan Anwar Ibrahim yang mahukan Ansari Abdullah sebagai calon PKR di Parlimen Batu Sapi. Keputusan Anwar Ibrahim memilih Ansari Abdullah dan mengenepikan Ahmad Tamrin Jaini sebagai calon PKR dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin atas PKR.

Bagaimana hendak memimpin bila sebelah tangan dah patah

Keadaan ini dapat dilihat di sepanjang kempen PKR di Batu Sapi ini. Dengan pelbagai peristiwa yang tidak diduga menimpa Ansari Abdullah, bayangan kekalahan telah semakin jelas. Ini diperkukuhkan lagi dengan hanya tidak sampai 10 peratus jentera PKR Sabah yang membantu Ansari Abdullah di sepanjang masa berkempen ini. Berikutan itu, ramai ahli dan pemimpin PKR Sabah tidak berpuas hati dengan calon parti itu.

Disebalik itu juga pemilihan Ansari Abdullah yang dikhabarkan bukan calon PKR Sabah tidak dipandang serius PKR. Atas tindakan pemimpin atasan PKR, pemilihan Ansari Abdullah telah membelakangi pemimpin PKR di peringkat akar umbi. Terdahulu, calon PKR Sabah yang namanya menjadi sebutan sebelum ini, Ahmad Tamrin Jaini dijangka akan dipilih sebagai calon PKR.

Ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini semasa pengumuman Ansari Abdullah sebagai calon PKR dan seterusnya menidakkan Ahmad Tamrin Jaini telah mencetuskan aksi tumbuk bertumbuk sesama sendiri di Lapangan Terbang Sandakan Sabah pada 26 Oktober lalu.

"Sebaik sahaja Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Ansari sebagai calon, ramai penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komuniti Persatuan Hakka Sandakan sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut."

Sememangnya apa yang berlaku ke atas PKR adalah aksi-aksi sama dan penuh pertelagahan dramatik sehingga mencetuskan kontroversi yang tiada kesudahan. Belum lama kejadian tumbuk bertumbuk berlaku semasa berlangsungnya pemilihan PKR peringkat cabang di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang. Aksi-aksi pejuang reformasi ini telah dibawa ke Batu Sapi untuk dipertontonkan kepada rakyat Sabah.

Inilah rupa sebenar PKR yang sentiasa menimbulkan kekecohan walaupun perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan bijaksana. Usaha ini pastinya menemui jalan buntu dan akan berlaku secara berterusan selagi PKR wujud di bumi Malaysia.

Kepada rakyat Sabah, teruskan dengan kewajaran memilih pemimpin yang benar-benar dapat membantu. Datin Linda seorang yang berpengalaman dalam bidang politik dan telah terlibat sejak lebih kurang 25 tahun lepas berbanding Ansari Abdullah yang baru saja menimba ilmu politik. Usah lakukan perubahan drastik sehingga ia memaksa kamu kecewa dan merana.
PKR diambang kebinasaan di bawah Anwar Ibrahim.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger