Thursday, November 4, 2010

PRK DUN GALAS: PAS RELA LAKUKAN APA SAJA DEMI CAPAI KEMENANGAN

Setiap kali pilihan raya yang melibatkan PAS, parti itu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengeluarkan ‘fatwa’ baru bagi membantu mereka memenangi pilihan raya. Terbaru, PAS bertegas dengan ‘fatwa’ barunya bahawa penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam usaha mengeliru dan memperdayakan rakyat, PAS melalui Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman menjelaskan penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang.

Sambil menegaskan menyokong BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil. Betulkah mereka ini adil?

Bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Sebelum Pakatan Rakyat ‘merampas’ Selangor dari BN dan selama BN memerintah, tidak pernah mereka mengeluarkan satu pun yang digelar ‘fatwa’ walaupun BN telah banyak menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Selangor.

“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO”.

Muhammad Zain Abdul Rahman

Sementara itu, Abdul Khalid cuba mengelirukan rakyat berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2011. Dengan pergolakan kepimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat ekoran peluang beliau tipis untuk memenangi jawatan dalam Pemilihan PKR Pusat, dan ketiadaan isu besar untuk menyerang BN maka Khalid Ibrahim cuba untuk memesongkan fakta yang sebenar. Kerja-kerja Khalid Ibrahim ini memang sudah dibaca dan menjadi amalan beliau sejak dahulu lagi yang selalu mengambil kesempatan di atas kebaikan BN.

Usaha Kerajaan Pusat memberi bantuan sebanyak RM95 juta kepada SAR dalam Bajet 2011 dan kenaikan elaun guru-guru KAFA sememangnya wajar dilaksanakan pada waktu ini berikutan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Bantuan RM95 juta kepada SAR dan kenaikan elaun guru-guru agama tidak mempunyai kaitan langsung dengan pembangkang.

Dalam masa berkempen di DUN Galas, PAS telah menampakkan sengatnya dengan melakukan apa saja termasuk memberi rasuah kepada pengundi-pengundi di Galas bagi menarik kebencian BN. Pelbagai isu dan fakta telah dimanipulasi PAS sehingga menyebabkan ramai pengundi dan rakyat terkeliru sehingga mempercayai semua yang diperkatakan PAS adalah benar. Itulah kecerdikan PAS yang sebenarnya melanggar prinsip PAS sendiri yang berpegang kepada ajaran agama. Fitnah itu dosa, tetapi dalam PAS dihalalkan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger