Sunday, November 7, 2010

SETUJUKAH PAKATAN RAKYAT MEMBERIKAN 10 KERUSI KEPADA SNAP?

 Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Edwin Dundang Bugak menyatakan SNAP akan meletakkan calonnya untuk bertanding bagi merebut 10 kerusi termasuk DUN Engkelili yang menjadi kawasan pilihan SNAP.


Terdahulu, Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. DUN Sarawak mempunyai 71 kawasan dan merupakan negeri yang mempunyai bilangan DUN yang paling banyak. Seperti BN Sarawak, Pakatan Rakyat juga sedang dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Namun begitu, persiapan Pakatan Rakyat telah terjejas ekoran kenyataan SNAP yang mahukan parti itu diperuntukkan sebanyak 10 kerusi. Sebelum ini, Baru Bian dan Wong Ho Leng menjelaskan pembahagian kerusi bagi PAS dan SNAP telah dimuktamadkan dan jumlah itu tidak seperti yang dimahukan SNAP. Ekoran itu, SNAP terpaksa menggunakan media bagi merealisasikan hasratnya untuk mendapatkan 10 kerusi. Ugutan itu pastinya memberikan permasalahan berterusan kepada PKR dan DAP dalam mencari kata putus pembahagian kawasan DUN yang akan ditandingi.

Sebelum itu, wakil rakyat DUN Engkelili, Dr Johnical Rayong yang sebelum ini merupakan ahli SNAP dan bertindak keluar parti dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Sepanjang menjadi ADUN Bebas, Dr Johnical Rayong menyatakan sokongannya terhadap BN sebelum mengemukakan permohonan untuk menyertai SUPP-BN. Tanggal 5 November 2010, Dr Johnical Rayong telah diterima secara rasmi menjadi ahli SUPP.

Penerimaan SUPP Pusat ke atas permohonan Dr Johnical Rayong telah mencetuskan ketidakpuasan hati bekas penyandang DUN Engkelili, Toh Heng San. Bermula ‘perang’ mulut antara Toh Heng San dan SUPP sehingga keluar kenyataan Toh Heng San sedia berdepan dengan Dr Johnical Rayong pada pilihan raya akan datang. Kesempatan ini diambil SNAP yang melihat krisis itu mampu memecah undi BN di DUN Engkelili nanti.

Bertindak mengikut pandangan dan tingkahlaku seorang gentelman, Dr Johnical Rayong sedia bersama dengan Toh Heng San dalam membangunkan DUN Engkelili melalui permaufakatan. Kekalutan Johnical dan Toh ini boleh diatasi dan dibawa berunding bagi mencapai keputusan.
Persoalannya sekarang apakah Pakatan Rakyat mahu memberikan SNAP 10 kawasan DUN untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang? Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, minggu berganti minggu dan hari berganti hari, permasalahan pembahagian kerusi masih belum selesai dan dimuktamadkan. Setelah banyak kali mesyuarat, masih belum mendapat keputusan. Kenyataan pembahagian kawasan masih dalam rundingan sentiasa didengar sehingga membuatkan ahli-ahli PKR, DAP, PAD dan SNAP berasa bosan.


Melihat kepada gerak dan gaya SNAP sebagai parti tempatan Sarawak amatlah berbeza dengan SAPP di Sabah. Menjelang pemilihan calon dari Pakatan Rakyat, PKR melalui Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim mahukan calon Pakatan Rakyat datangnya dari PKR. Tujuannya adalah bagi memperlihatkan sokongan rakyat terhadap parti ini bagi mempersiapkan diri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Bagaimanapun, keputusan dan alasan Anwar Ibrahim itu tidak dipersetujui SAPP memandangkan SAPP juga perlu ada hak untuk bertanding bagi mewakili Pakatan Rakyat sebagai parti pembangkang tempatan. Ketidaksepakatan ini menyebabkan SAPP mencalonkan Presidennya, Yong Teck Lee dan PKR mencalonkan Ansari Abdullah.

Ketika SAPP bertegas dengan pendiriannya untuk mencalonkan wakilnya, Anwar Ibrahim yang mengumumkan Ansari Abdullah sebagai calon PKR menegaskan bahawa SAPP bukan pembangkang ‘sebenar’ kerana mereka boleh memihak kepada BN pada bila-bila masa. Apakah disebabkan SAPP bertegas mahu meletakkan calonnya, Anwar Ibrahim sanggup mengungkapkan SAPP sebagai bukan pembangkang sebenar? Ini secara langsung telah memperkecilkan martabat SAPP sebagai parti tempatan Sabah.

Sepanjang tempoh berkempen, SAPP dilihat mudah menyesuaikan diri sebagai pembangkang dan merupakan pilihan raya pertama mereka sebagai pembangkang setelah keluar BN sebelum ini. Keadaan ini disebabkan rakyat Sabah telah lama mengenali SAPP dan PKR baru sahaja mula menjejak kaki ke Sabah. Dalam mencari publisiti, Ansari Abdullah telah dan tanpa segan malunya pergi ke tempat SAPP mengadakan kempen bagi tujuan mencari publisiti murahan. Kesannya, Ansari bukan sahaja tidak dibenarkan masuk bahkan terus dihalau daripada kawasan SAPP. Tindakan ini tidak sepatutnya diterima oleh calon PKR terutama ketika mereka menggunakan nama Anwar Ibrahim bagi membantu kempen mereka walaupun Anwar Ibrahim tidak ada di Sabah ketika itu.

Insiden Ansari Abdullah terjatuh ke dalam Laut China Selatan sebanyak 2 kali bukanlah lakonan semata-mata. Manakan tidak, kemalangan itu telah menyebabkan tangannya patah dan kakinya sakit. Disebabkan tidak tahan sakit dan seorang yang bukan penyabar, Ansari Abdullah telah menyalahkan hospital, doktor dan kakitangan hospital kerana tidak membelainya dengan baik. Kesannya, Ansari Abdullah terpaksa menahan teruk kesakitan yang dialami kerana tidak sabar dan tindakannya yang tidak profesioanal.

Apakah ada persamaan SNAP dan SAPP? Secara dasarnya mereka adalah sama, iaitu mereka merupakan parti tempatan negeri dan bekas parti komponen BN serta telah lama bertapak berbanding PKR. Bagaimanapun, SNAP merupakan anggota Pakatan Rakyat Sarawak yang paling bongsu dan tidak tarafnya tidak penting. SAPP pula parti yang sangat popular dan mempunyai ahli-ahli yang ramai, tetapi mereka tidak menganggotai Pakatan Rakyat. Perbezaan paling ketara, suara SNAP tidak didengari ahli-ahli Pakatan Rakyat berbanding SAPP yang masih dianggap sebagai parti yang mendapat sambutan rakyat.

Apakah SNAP akan menjejaki langkah SAPP? Pastinya tidak, kerana suara SNAP tidak ubah seperti suara semut yang tidak berharga. Berbeza SAPP, suara mereka sangat berani dan beruntung.

Melihat kepada perkembangan terkini politik semasa Sarawak, SNAP seharusnya tidak perlu menganggotai Pakatan Rakyat. Ini disebabkan SNAP akan menjadi parti yang kecil suaranya dan tidak mendapat perhatian rakyat walaupun dipercayai masih ramai ahli-ahli SNAP yang tidak mahu kembali kepada SNAP disebabkan SNAP telah bertindak menjadi pembangkang. Suatu keputusan yang drastik dan boleh memalukan SNAP.

Secara akhirannya, SNAP perlu memikirkan kembali statusnya dalam Pakatan Rakyat yang jelas menunjukkan SNAP ini sebagai pelengkap jadual dan tidak diberi kepentingan. 

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger