Tuesday, November 23, 2010

ZAID IBRAHIM TERUS DIKHIANATI PKR

Walaupun Zaid Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatannya pada 16 Disember 2010 akan datang, namun PKR melalui Jawatankuasa Politiknya yang membuat mesyuarat tergempar telah memutuskan MEMECAT Zaid Ibrahim berkuat kuasa serta merta. Pemecatan Zaid Ibrahim atas alasan memburukkan PKR secara terbuka.


Keputusan Jawatankuasa Politik PKR memecat Zaid Ibrahim dari PKR sememangnya telah dijangka dan tidak mengejutkan serta itu adalah keputusan PKR setelah menerima pandangan Anwar-Azmin. Sememangnya Anwar-Azmin mempunyai hubungan ‘tidak baik’ terhadap Zaid Ibrahim.

Menurut Azmin lagi, Zaid merupakan pemimpin yang gagal sejak beliau menyertai parti itu dan sukar untuk bekerja dalam satu kumpulan seterusnya memberi sumbangan kepada parti.

"Zaid merupakan pemimpin yang tiada sikap rendah diri, malah tiada semangat berpasukan meskipun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak menyertai PKR pertengahan tahun lalu”

Kemasukan Zaid ke dalam PKR telah diberikan dengan pelbagai jawatan penting dan istimewa.

"Kita letak dia sebagai ahli dalam biro politik, ahli dalam majlis tertinggi parti dan calon pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Semua keistimewaan itu diberikan kepada Zaid tetapi dia gagal kerana tiada semangat setiakawan dan kerjasama dalam parti”.

Itulah asam garam politik PKR. Dalam situasi Zaid ini, beliau tidak dipecat, tetapi meletak jawatan atas kemahuan sendiri. Zaid Ibrahim bukanlah orang terakhir keluar daripada PKR bahkan selepas ini semakin ramai ahli-ahli PKR akan keluar parti bagi mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka yang teah keluar parti.

Bagaimana pula dengan penyokong-penyokong Zaid Ibrahim di Sarawak? Di Sarawak juga, PKR Sarawak mempunyai kem Zaid Ibrahim. Mereka ini mudah kelihatan di mana Zaid Ibrahim datang ke Sarawak, maka merekalah yang sibuk mengatur dan menguruskan kedatangan Zaid ke Sarawak. Melihat kepada keadaan seperti ini, adalah tidak mustahil mereka ini juga akan keluar PKR Sarawak.

Jelas lagi terang, PKR Sarawak mahupun PKR Pusat tidak mampu mentadbir dan memerintah. Lihat sahaja Selangor yang mempunyai banyak masalah dalam pentadbirannya, namun masih terus dinafikan PKR Selangor.

Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar PKR Sarawak tidak MAMPU memerintah Sarawak. Jangan gadai maruah negeri semata-mata hendak membuat perubahan.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger