Thursday, December 2, 2010

ANWAR BERJAYA PORAK PERANDAKAN PAS


Pengumuman Anwar Ibrahim untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi membantunya yang ‘diangkat’ sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin PKR, PAS dan DAP bersetuju melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri??? Rasanya, Anwar Ibrahim merupakan ahli politik pertama di dunia yang melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri. Andai Malaysia ini sebuah republik, tidak mustahil Anwar Ibrahim juga melantik dirinya sebagai Presiden.

Bagaimanapun, tindakan Anwar Ibrahim membuat kenyataan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri telah mencetuskan ketegangan di kalangan pemimpin kompenan Pakatan Rakyat. PAS melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menemplak Anwar Ibrahim bahawa kenyataannya melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai membelakangkan pemimpin pembangkang lain.


Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam akhbar Sinar Harian, 2 Disember 2010, Edisi Terengganu menyatakan bahawa:

“Itu hanya pandangan peribadi (Anwar Ibrahim), bukannya mewakili keputusan Pakatan Rakyat kerana kita tidak pernah menetapkan dalam perlembagaan untuk meletakkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri atau Timbalannya”.

Perbezaan pendapat menjadi lumrah dalam parti politik, tetapi perbezaan keputusan dan tanggungjawab ternyata sesuatu yang pelik. Berbeza dengan Presiden PAS, Nik Aziz yang hanya sebagai Mursyidul Am PAS menegaskan beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kesediaan Nik Aziz menerima cadangan Anwar Ibrahim itu dikatakan tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.
"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa. Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja”.
Nik Aziz Nik Mat

Selain Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib juga tidak bersetuju dengan cadangan Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan Anwar Ibrahim itu bukan sahaja membelakangkan pemimpin PAS, tetapi juga menyebabkan PAS berasakan kemasukan mereka ke dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai menumpang sahaja tanpa diberi sebarang peranan penting dalam membuat keputusan.

Sebelum ini, setiap kali Pilihan Raya Kecil diadakan, PKR mahupun DAP yang dilantik sebagai Pengerusi Pilihan Raya Pakatan Pembangkang tidak dapat menjalankan kerja-kerja yang seperti diarahkan dengan baik. Dan, bagi mengelak kekalahan memalukan, Pakatan Pembangkang mengarahkan PAS untuk mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Hulu Selangor. PKR dan DAP tahu bahawa PAS mempunyai pengaruh yang kuat dalam menggerakkan jentera pilihan raya memandangkan mereka mempunyai ramai ahli berbanding PKR dan DAP.

Jelaslah bahawa kenyataan Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri telah berjaya memporakperandakan PAS. Kejayaan Anwar Ibrahim ini semestinya tidak mahu melihat PAS lebih berkuasa dan kuat berbanding PKR yang diterajui yang kini kian rebah menanti belah. Manakala, Anwar Ibrahim tidak sanggup mencalar DAP kerana keperluan DAP untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Atas faktor itu juga, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

1 komen:

  1. Kita kena juga ucapkan syabas dan terima kasih kepada Anwar. PAS dah tunggang terbalik dan kecoh giler dan mereka dah jadi keluarga kaarbatak (File Keluarga 69)...Kalu tak ada anwar dan ahli erdogan maka rakyat akan tertipu dengan mainan olitik PAS...anugerah jugak tu...sekarang dah terang lagi bersuluh siapa mempolitikkan dan ugama sebagai perkakas ( tool) semata-mata....Tok N.ajis celah jubo Anwar dan Kit Siang jer ada...hati PAS ganti UMNO...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger