Monday, December 27, 2010

TAK PAYAH PILIH, RAKYAT MALAYSIA MEMANG DAH TAHU!

Isu Program 100 Hari yang diperkenalkan Pakatan Pembangkang dalam konvensyen kedua mereka tempoh hari khusus untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Dalam usaha mereka ‘merampas’ kerajaan dari BN, pelbagai bentuk janji-janji manis yang dilemparkan kepada rakyat. Kalau kita masih ingat, janji-janji pilihan raya Pakatan Pembangkang ke atas Selangor dan Pulau Pinang serta Kedah tidak tertunai sedikitpun. Jika ada sekalipun, ianya diibarat melepas batuk ditangga. Dan, tidak terkecuali menidakkan hak dan kepentingan anak negeri seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Anak-anak Melayu di Pulau Pinang ditindas dan merempat di negeri sendiri.


Tulisan Idris Ahmad dalam artikelnya ‘Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN’ sememangnya mengangkat PAS selaku kuasa besar di dalam Pakatan Pembangkang. Sambil contoh terdekat, Kelantan yang ditadbir PAS sentiasa ‘bersih’ dalam pentadbirannya berbanding Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Selangor ditadbir PKR dan DAP.
Sambil menafikan tuduhan Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan Program 100 Hari Pakatan Pembangkang sebagai pembohongan besar dan meminta rakyat pilih Pakatan Pembangkang sebelum menilai mereka. Apakah ‘dosa’ BN selama 53 tahun memerintah Malaysia?

Kemerdekaan, pembangunan ekonomi, pembangunan fizikal, pembangunan moral, penghormatan negara-negara luar dan seribu macam kejayaan BN dalam memerintah Malaysia dianggap kegagalan! Apakah disebabkan BN tidak mengamalkan hukum hudud sanggup dikatakan pemerintahan BN di Malaysia dianggap gagal? Dan, tidakkah PAS sedar bahawa kejayaan BN membawa Malaysia ke arah sebuah negara maju dan memimpin negara Dunia Ke-3 serta negara-negara Islam sebagai pendukung kepada kemajuan negara. Paling menyakitkan hati PAS, pastinya kejayaan BN menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani.

PAS, Kelantan negeri yang ditadbirnya dalam beberapa penggal pilihan raya masih berada jauh dalam pembangunan. Atas keprihatinan kerajaan pusat, kebajikan dan pembangunan Kelantan sentiasa terpelihara. Kalau hendak dibandingkan dengan kerajaan negeri, PAS masih lagi ketinggalan dan hanya memainkan sentimen memburukkan pemimpin BN bagi meraih simpati rakyat Kelantan.

Pakatan Pembangkang tak payah memerintah, rakyat sudah tahu keputusannya. Rakyat tidak mahu melihat Malaysia seperti yang dilakukan PKR dan DAP ke atas Selangor dan Pulau Pinang. PAS sendiri masih belum mampu membangunkan Kedah dan apatah lagi Kelantan yang sangat jauh perbezaannya dengan Sarawak. Memilih Pakatan Pembangkang diibarat mencurah asid ke atas diri sendiri. Yang mana kita sudah tahu kesan asid ke atas tubuh badan manusia.

Menyalahkan slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ memberikan gambaran bahawa PAS dan Pakatan Pembangkang takut dengan bayang-bayang sendiri. Dalam situasi ini, slogan hanya sebagai pemangkin semangat untuk BN melaksanakan kerjanya ke atas rakyat dan bukannya banyak memfitnah dan mencaci pemimpin BN. Pemimpin BN bekerja untuk rakyat manakala pemimpin Pakatan Pembangkang bekerja untuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang serta Nik Aziz.

Perlaksanaan Program 100 Hari menyebabkan negara akan bankrap. Semenangnya benar, kerana Pakatan Pembangkang ketika ini hanya melihat sokongan ke atas mereka berdasarkan kepada hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya. Atas sebab itu pelbagai janji-janji ditaburkan walaupun secara realistiknya mereka tidak berupaya melakukannya. Menabur pelbagai macam janji sememangnya Pakatan Pembangkang ‘juara’ segala juara, tetapi apabila hendak melaksanakannya jauh sekali.

Pemerintahan BN telah terbukti membawa pembangunan mampan ke atas Malaysia. Walau bagaimanapun, pembangunan ini tidak akan terhenti di sini dan kerajaan komited untuk terus membangunkan Malaysia berasaskan sokongan rakyat.

Pembinaan Lapangan Terbang Lawas seperti yang dijanjikan kerajaan amatlah dinantikan. Ini disebabkan, penduduk di Lawas sangat bergantung kepada pengangkutan udara untuk berulang-alik ke Miri, Bario, Limbang dan banyak lagi tempat. Walaupun pengangkutan darat dan sungai juga disediakan, namun pengangkutan udara membolehkan penduduk menjalankan urusniaga dan urusan seharian dengan lebih cepat.

Kesanggupan kerajaan membangunkan Lapangan Terbang Lawas nescaya akan membuka lembaran baru kepada penduduk Lawas. Walaupun terletak jauh di utara Sarawak, Lawas tetap mendapat perhatian kerajaan. Lihat di Sibu, ketika Pilihan Raya Kecil Sibu, walaupun BN tewas, tetapi kerajaan tetap melaksanakan janjinya untuk membangunkan Lapangan Terbang Sibu. Menaiktaraf Lapangan Terbang Sibu adalah untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Selain membina lapangan terbang, kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang miskin. Atas sebab itu, kerajaan tidak akan membebankan rakyat dengan menaikkan tambang pengangkutan udara. Dakwaan Idris Ahmad semacam ikut sedap mulutnya sahaja. Apakah beliau pernah datang ke Lawas?

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. 

Kerajaan komited untuk membangunkan rakyat dan negara, dan sememangnya itulah tugas dan amanah yang dipikul kerajaan. Namun, membangunkan sesuatu kawasan mahupun rakyat bukanlah dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya sebagai permulaan ke arah membangunkan negara dan rakyat. Masih banyak masa dan ruang yang perlu dilakukan kerajaan dalam memperkasakan 1Malaysia. Bagaimanapun, Gagasan 1Malaysia sehingga kini semakin diterima rakyat dan ini mencetuskan kebimbangan kepada Pakatan Pembangkang. Atas sebab itu, adalah tidak mustahil tindakan Pakatan Pembangkang membuat kacau di Parlimen dan menuduh 1Malaysia dengan pelbagai macam cara dalam mengaburi mata rakyat. Dalam konteks ini, PAS takut dengan bayang-bayangnya setelah melihat sokongan rakyat ke atas BN semakin mendapat perhatian.

Untuk rakyat Sarawak, tidak perlu tukar kerajaan, tidak perlu tukar pemimpin dan TIDAK perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Kerajaan sentiasa bersama rakyat .....

2 komen:

  1. Memang jangan dicuba
    kalo dicuba
    dlm tempoh satu penggal
    gerenti hak bumiputera sarawak tergadai
    malah mungkin lebih teruk dgn apa yang berlaku di P. Pinang
    terutama kalau DAP yang menguasai kerajaan
    Sifat ultra kiasu dan racis DAP akan menyebabkan
    kaum lain di diskriminasi
    berkemungkinan besar hak bersuara akan lenyap dan pupus di Malaysia jika PR berjaya
    bahkan ISA akan digunakan dengan jayanya

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat kalau dah seribu hari pasti satu ASEAN diperangnya untuk mendapat kuasa?!! Alamatnya berperang dengan negara jiranlah kita kerana mereka ini terkenal dengan baling tikam kerusi kalau dah di peringkat negara baling bom pulak dah?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger