Thursday, December 2, 2010

WONG HO LENG TIDAK TUNAI JANJI PRK SIBU!

Walaupun tewas dalam PRK Sibu Mei lepas, BN tetap melaksanakan janji-janji pilihan raya sebagai memenuhi janji kerajaan kepada rakyat Sibu. Dakwaan Pakatan Pembangkang, Wong Ho Leng dan DAP bahawa kerajaan hanya menabur pelbagai janji-janji kosong semasa PRK Sibu sebagai menarik sokongan pengundi ketika pilihan raya. Dan, ditambah dengan kekalahan  BN kepada DAP, Wong Ho Leng berpendapat BN tidak akan menunaikan janji-janji semasa PRK Sibu lalu.

Dalam pada itu, wujudnya kekuatan DAP sehingga mampu menumpaskan BN dalam PRK Sibu itu sehingga membuatkan Wong Ho Leng dengan bongkaknya menyatakan disebabkan DAP, Parlimen Sibu mendapat peruntukan yang banyak hasil daripada tindakan mereka.

Kesanggupan Kerajaan memperuntukkan bajet yang besar kepada Sibu dalam PRK Sibu lalu bukan sahaja menguntungkan rakyat Sibu, tetapi juga menunjukkan kekuatan DAP dalam strategi pilihan raya.

Sebagai sebuah negara demokrasi, BN telah menerima kekalahan PRK Sibu dengan perasaan terbuka tanpa sebarang tuduhan mahupun tindakan tidak puas hati terhadap SPR dalam mengendalikan PRK Sibu itu. Tidak seperti BN, Pakatan Pembangkang kerap kali menyalahkan SPR dalam mengendalikan pilihan raya apabila calon mereka mengalami kekalahan seperti yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor dan terbaru PRK Galas dan PRK Batu Sapi.

Semasa tempoh berkempen PRK Sibu, BN telah membuat pelbagai janji seperti yang dikehendaki rakyat Sibu seperti penyelesaian ke atas banjir, pembesaran lapangan terbang dan peruntukan ke sekolah-sekolah bantuan Chung Hua.

Sebelum PRK Sibu, kerajaan telah dan sedang melaksanakan projek penyelesaian banjir yang menjadi duri dalam daging bagi penduduk Sibu. Pelebaran dan kerja-kerja mendalamkan sistem perparitan yang dilaksanakan kerajaan merupakan usaha kerajaan mengatasi masalah banjir.

Manakala, pembesaran Lapangan Terbang Sibu seperti yang dijanjikan BN sebelum ini telahpun dilaksanakan. Perasmian pecah tanah pembinaan Lapangan Terbang Sibu telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Har pada 21 Disember 2010 lepas.



Peruntukan terhadap sekolah-sekolah bantuan Chung Hua seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika lawatannya ke Sibu juga telah disalurkan. Perdana Menteri menegaskan kekalahan BN tidak akan menyebabkan BN tidak akan menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyalurkan bantuan dan mewujudkan prasarana kepada rakyat.

Dalam analisis keputusan PRK Sibu itu menunjukkan pengundi-pengundi Cina yang tinggal di kawasan bandar sudah berubah angin dan cenderung menyokong Pakatan Pembangkang. Faktor kerajaan tidak menunaikan janji sebelum ini menyebabkan mereka melakukan ‘perubahan’ yang didakwa akan dapat menjalankan lebih baik berbanding BN sebelum ini.

Keputusan pengundi Cina di bandar yang telah menyokong Pakatan Pembangkang tidak melemahkan BN yang percaya penduduk di kawasan luar bandar masih lagi menyokong BN. Atas faktor itu, peruntukan pembangunan yang dicadangkan di kawasan bandar akan dialihkan kepada kawasan luar bandar yang masih lagi merupakan penyokong BN dan sewajarnya mereka dibekalkan dengan pembangunan. Begitupun, ini tidak bermaka kerajaan akan membiarkan kawasan bandar terabai begitu, sebaliknya pembangunan akan diberi perhatian di kawasan luar bandar yang sememangnya diberi perhatian.


Bagaimana pula dengan janji-janji DAP dan Wong Ho Leng dalam PRK Sibu? Apakah hanya tinggal janji tinggal janji? Umum mengetahui banyak janji-janji Wong Ho Leng yang TIDAK tertunai kepada rakyat Sibu. Ketika Sibu dilandar banjir sebelum bulan Ramadhan lepas, Wong Ho Leng tidak menampakkan dirinya sedangkan ketika itu rakyat khususnya pengundi yang mengundi DAP memerlukan bantuan beliau. Sebaliknya, Wong Ho Leng hanya menghantar pegawai khas dan beberapa ahli-ahli DAP untuk melihat kesusahan rakyat Sibu mengharungi banjir.

Sebelum itu, selepas kemenangannya dalam PKR Sibu itu, perkara pertama yang hendak diusahakan Wong Ho Leng adalah hendak menukar nama Sibu. Implikasinya, ramai penduduk Sibu tidak bersetuju dan membantah cadangan Wong Ho Leng untuk menukar nama Sibu.

Melihat kepada kedua-dua peristiwa di atas, rakyat boleh menilai sendiri kewajaran mereka memilih Wong Ho Leng pada PRK Sibu lalu. Isu penukaran nama Sibu sepatutnya tidak berlaku memandangkan nama Sibu tidak mempunyai masalah berbanding bantuan sewajarnya yang diperlukan rakyat sewaktu banjir khususnya tempat pemindahan, makanan dan pampasan. Bagi mengelak kemaluan, Wong Ho Leng telah menuduh BN yang menyebabkan banjir di Sibu. Atas sebab itu juga, Wong Ho Leng telah menuduh BN Sarawak gagal menyediakan amaran dan bantuan mengikut secukupnya.

Dalam kejadian tersebut juga Wong Ho Leng telah mengambil kesempatan di atas kunjungan Wong Soon Koh di pejabat DAP Sibu telah menuduh penyandangan BN di DUN Sarawak tidak mahu bekerjasama. Pertemuan yang dirakamkan ini hanya berlangsung kira-kira 15 minit ekoran provokasi ahli-ahli DAP dan Wong Ho Leng yang mahukan kerajaan mengeluarkan permit kepada DAP bagi kerja mendalamkan Sungai Rajang. Pertemuan yang dijanjikan itu telah menemui jalan buntu.

Kegagalan pertemuan kumpulan Wong Soon Koh dengan ahli-ahli DAP dan Wong Ho Leng sebenarnya telah dijangka berikutan sebelum ini Pakatan Pembangkang kerap kali membantah cadangan BN. Atas faktor itu juga, BN telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan projek-projek seperti yang dijanjikan demi kesejahteraan hidup penduduk Sibu.

Ternyata Wong Ho Leng hanya pandai berjanji dan tidak menunaikan janji-janjinya. Minifesto DAP kepada penduduk Sibu hanya sebagai janji-janji kosong untuk memerangkap pengundi untuk mengundi DAP. Penduduk Sibu bukan sahaja tertipu dan menagih janji-janji DAP, tetapi juga sudah bosan dengan sikap Wong Ho Leng yang terus mengutuk BN yang didakwa telah banyak membantu rakyat.  

2 komen:

  1. Janji-janji BN semasa Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu sudah di tunai kan?

    Kadar penurunan premium pajakan tanah yang paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asalKolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah (RMK-10)RM1 Bilion projek perparitan dan tebatan banjir

    RM611 Juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu

    RM 20 Juta timbang bina kompleks sukan di Sibu

    RM18 Juta bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.

    RM18 Jua untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak

    RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak

    RM 1.12 Juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu

    RM1 juta bangunkan semula Rumah penduduk daif Kampung Jeriah

    RM926,200 projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan di sini.

    RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama dan membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom

    RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu

    RM200,000 untuk Rela Sarawak

    RM100,00 untuk Persatuan Ibu Tunggal Sibu

    RM100,000 projek makmal sekolah SK Nanga Tutus

    RM50,000 kepada Rela Sibu

    RM10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian

    RM10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia

    RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah

    RM 1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.

    Siaran TV satelit percuma kepada

    200,00 penduduk kawasan pedalaman

    1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar

    Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah

    ReplyDelete
  2. pilihanraya saja banyak janji tak kira apa-apa parti pun semuanya mainan politik. asalkan rakyat dapat hidup selesa dan negara tidak tergugat maruah agama terpelihara hak-hak bangsa tidak diisukan maka tak kisah lah siapa yang memimpin. tapi yang penting malaysia ada sebuah kerajaan yang kukuh dan kita tidak sengsara seperti negara lain yang pemimpinnya bergolak berebut kuasa hingga rakyat sengsara. amin

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger