Monday, January 24, 2011

JEFFREY KITINGAN DEDAHKAN KELEMAHAN PKR SABAH DAN SARAWAK

Keghairahan dan kegopohan Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya dan cita-citanya menjadi Perdana Menteri telah memakan dirinya sendiri dan PKR.


Apabila datang ke Sabah dan Sarawak, ucaptamanya hanya berkisar kepada perjuangan PKR untuk menawan Putrajaya. Keadaan ini menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak tidak selesa dengan perjuangan PKR yang dilihat bersifat menjaga kepentingan diri.

"Anwar terlalu obses (ghairah) dengan cita-citanya untuk menawan Putrajaya sehingga beliau mengabaikan parti di Sabah”.

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffry Kitingan

Perjuangan PKR yang lebih memihak kepada Anwar Ibrahim telah parti itu mengabaikan perjuangan rakyat di Sabah dan Sarawak. Ini dapat dirasai rakyat Sarawak apabila setiap kali Anwar Ibrahim datang ke Sarawak, ucapannya hanya menyentuh mengenai hasrat Pakatan Pembangkang untuk menakluk Putrajaya sebagai simbol perjuangan mereka. Tiada langsung ucapan yang memperjuangkan rakyat Sarawak yang sebelum ini beriya-iya menyokong PKR.

Rakyat Sarawak khususnya masyarakat Iban yang sebelum ini telah dijanjikan jawatan Ketua Menteri kini terpaksa menggigit jari kerana ternyata jawatan itu sudah dicadangkan kepada Baru Bian, seorang anak daripada kaum Orang Ulu. Dalam pada itu, majoriti Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina dan Orang Ulu.

"Buktinya dapat dilihat apabila sering berlaku perubahan bagi Pengerusi PKR negeri dan keputusan yang tidak konsisten mengenai perkara itu sekali gus menyebabkan rakyat Sabah bosan dengan permainan politiknya".

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffry Kitingan

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Sabah malah juga di Sarawak. Baru Bian merupakan Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang ke 5 selepas Hafsah Harun, Anwar Ibrahim, Dominique Ng, Mustapha Kamil Ayob dan terakhir Baru Bian. Ironiknya, perlantikan kembali Baru Bian menjadi Ketua Perhubungan PKR Sarawak telah mencetuskan kontroversi yang amat-amat menjatuhkan martabat Baru Bian dan PKR Sarawak. Bayangkan perlantikan Baru Bian dibuat di kedai kopi.

Selepas meletak jawatan dalam PKR, bekas Naib Presiden PKR itu menyatakan beliau tidak kisah mengenai karier politiknya selepas keluar PKR sebaliknya menegaskan politik bukanlah semata-mata di atas kapasiti sebagai ahli mana-mana parti tetapi lebih kepada perjuangan berkesan untuk kebaikan rakyat.

"Saya ambil keputusan untuk keluar PKR adalah kerana perjuangan mereka pada hari ini sudah tidak selari dengan prinsip perjuangan saya untuk membawa perubahan kepada masyarakat di tempat sana. Jadi, keluar daripada parti itu adalah keputusan terbaik".

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffry Kitingan

Penubuhan United Front Borneo (UBF) yang diasaskan Jeffrey Kitingan itu dan disertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dilihat sebagai platform terbaik untuk membangunkan Sabah dan Sarawak.

Berasaskan intipati berikut, jelaslah bahawa PKR tidak memperjuangkan nasib rakyat seperti yang digembar-gemburkan mereka sebelum ini sebaliknya hanya mementingkan kepentingan menuju ke Putrajaya.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang merupakan ahli PKR perlu sedar hanya kerajaan yang sedia ada sahaja yang mampu membangunkan Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Rakyat Sarawak perlu bijaksana dalam memperjuangkan kepentingan mereka melalui landasan yang betul dan bukannya melalui jalan belakang.

1 komen:

  1. layarilah www.freemalaysiakini.com
    sebarkan kepada pembaca blog anda..ianya percuma

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger