Wednesday, January 5, 2011

JEFFREY KITINGAN SUDAH INSAF, BARU BIAN BILA LAGI?

Khabar angin sebelum ini mendakwa Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan keluar PKR. Desas desus perkhabaran buruk bagi PKR itu telah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan pada 31 Disember 2010, Jeffrey Kitingan telah menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Presiden PKR.


Walaupun berhasrat untuk meletak jawatan dan seterusnya mengumumkannya pada 6 Januari 2011 ini, ianya terpaksa dilakukan terlebih awal sebab kedengaran ada pihak dalaman PKR mahu membuat khabar angin dan memburukkan beliau.

“Pada mulanya saya hanya ingin membuat pengumuman pengunduran daripada PKR selepas semua orang seronok menyambut perayaan Tahun Baru. Bagaimanapun, tindakan penyebar khabar angin tersebut telah melangkaui batasan. Kumpulan tersebut langsung tidak memberi peluang kepada saya dan keluarga menikmati sepenuhnya sambutan Tahun Baru bersama rakan dengan sebaik-baiknya. Ia satu yang mengecewakan dan dilakukan tanpa adab.”

Bercakap mengenai perletakkan jawatannya dalam PKR itu, jelasnya lagi tindakan ini dibuat demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Jeffrey Kitingan terkenal dengan pengalaman luasnya dalam bidang politik khususnya di Malaysia. Namanya sangat terkenal bukan sahaj di Sabah bahkan juga di Sarawak. Menurutnya, sejak menceburi kerjaya politik, banyak parti telah disertainya dan banyak juga masalah dan menyimpang daripada perancangan dirinya. Dan, sepanjang keterlibatan dalam PKR, beliau mengakui parti tersebut tidak memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo khususnya Sabah dan Sarawak.

Jelasnya lagi, selama ini PKR hanya mempergunakan rakyat di Sabah dan Sarawak dalam aspirasinya untuk memerintah Malaysia. Diakui, Sabah dan Sarawak merupakan fix deposit BN dan Pakatan Pembangkang mahukan fix deposit itu dimusnahkan. Selepas memperolehi apa yang dihajati, mereka tidak akan menjaganya mahupun memberikan perhatian kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Kekecewaan Jeffrey Kitingan dalam politik PKR mempunyai hubungkait dengan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. Konsep yang diperjuangkan PKR ‘Ketuanan Rakyat’ hanya melibatkan golongan tertentu dalam PKR. Begitu juga dengan ‘Agenda Borneo’ tiada dalam kamus PKR mahupun Pakatan Pembangkang. Mereka hanya bermatlamatkan kepentingan diri sahaja.  

Sebelum keluar secara rasmi dari PKR, Jeffrey Kitingan telah mewujudkan Barisan Bersatu Borneo (UBF). Pada 16 Disember lalu, Jeffrey mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali UBF yang merupakan satu platform untuk membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebagai pemimpin kumpulan pendesak tersebut, beliau akan memastikan bahawa agenda Borneo dapat dilaksanakan dan menjadikan Sabah serta Sarawak sebagai setaraf dengan Kerajaan Pusat.

Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri dalam pentadbirannya ketika ini telah sedikit sebanyak menyumbang kepada pemeliharaan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak. Berasaskan itu, rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa diberi perhatian khusus dari pelbagai segi. Ini disebabkan Sabah dan Sarawak berperanan penting dalam mengekalkan pemerintahan yang sedia ada. Demikian juga, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang membekalkan sumber kewangan yang tinggi di Malaysia melalui sumber alamnya dan kedatangan pelancong.

Menyingkap sejarah PKR di Sabah, pastinya ia bermula daripada kesediaan Jeffrey Kitingan menerajui PKR Sabah. Atas faktor pengaruh dan mempunyai pengikut, maka kedudukan PKR di Sabah bertambah dan disegani di negeri-negeri lain termasuk Sarawak. Beliau juga terkenal dengan sifat pemimpin yang benar-benar sayangkan negerinya dan mahukan yang terbaik untuk Sabah.

Atas sebab itu juga, dalam sidang akhbarnya menyatakan kasih sayang dan taat setianya kepada Sabah lah menjadi dorongan utama untuk keluar dari PKR.

“It was not an easy decision but it is the one I must inevitable make in the light of what I must do for the people of Sabah and Sarawak.”

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

Kesedaran beberapa pemimpin kanan PKR sebenarnya menjadi duri dalam daging bagi PKR. Malah, selepas ini pasti akan ramai lagi pemimpin kanan PKR akan keluar parti bagi mengikut jejak Zaid Ibrahim dan Jeffrey Kitingan. Kalau diikutkan, tahun 2010 menjadi tahun hitam bagi PKR kerana ramai ahli dan pemimpin PKR mengumumkan keluar parti.


Bagaimanapun, pemimpin PKR Sarawak masih lagi bermimpi dan taksub dengan kepimpinan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Manakan tidak, pemimpin PKR Sarawak ini sentiasa menyanjung tinggi Anwar dan Azmi tanpa memikirkan kepentingan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Perletakkan jawatan Jeffrey Kitingan dari PKR pastinya membuka lembaran baru kepada rakyat Sabah yang selama ini dirundung dengan politik kotor dan fitnah yang diperjuangkan PKR. Dan, menjadi harapan senario ini akan juga berlaku di Sarawak.

Namun, dalam masa terdekat ini mungkin tidak akan berlaku di Sarawak memandangkan pemimpin PKR Sarawak sekarang ini masih berangan-angan menjadi Ketua Menteri, menteri dan menteri muda. Pastinya keajaiban akan berlaku memandangkan PKR Sarawak juga mengalami permasalahan dalam yang ketara dan tidak dapat diselamatkan lagi. Apapun berserah kepada Tuhan semoga pemimpin-pemimpin PKR Sarawak menemui jalan kebenaran dan keinsafan.

BN memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger