Saturday, January 8, 2011

KETUA PENERANGAN PKR SARAWAK PERTAHANKAN KEADILAN DALAM PKR

PKR Sarawak nafikan PKR tidak mengamalkan keadilan dalam parti PKR. Ini diperjelaskan Ketua Penerangan PKR Sarawak, See Chee How dalam usahanya menafikan dakwaan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Karim Hamzah.

Terdahulu, Abdul Karim mengatakan PKR sekadar memperjuangkan keadilan namun tidak mengamalkannya dalam parti.



See Chee How menerangkan bahawa dalam Pemilihan PKR 2010 lepas, lebih 70,000 ahli-ahli PKR mengundi bagi pilihan raya cabang manakala kepimpinan peringkat kebangsaan pula seramai 40,000 orang.

Terdapat juga bekas pemimpin PKR yang tidak berpuas hati dengan parti dan mengambil keputusan untuk keluar juga merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Jelas See Chee How lagi, perkara tersebut membuktikan PKR membiarkan ahli-ahlinya memilih sama ada untuk terus berjuang bersama dengan parti atau tidak.

Persoalannya, betulkah PKR mengamalkan keadilan???

Jawapan Ketua Penerangan PKR itu seolah-olah memerangkap diri sendiri dan jawapan itu lebih kepada mereka yang buta huruf. Manakan tidak, rakyat sudah tahu temberang PKR. Pasal jawapan Ketua Penerangan PKR itu hanyalah untuk menyedapkan hatinya sahaja. Rakyat sekarang lebih arif dan tahu hal yang sebenar.

Keadilan dalam PKR? Pemilihan PKR di Sri Aman menyaksikan jumlah pengundi melebihi ahli-ahli yang berdaftar. Dan, pengundi dalam Pemilihan PKR Cabang Sri Aman juga terbuka kepada ahli-ahli DAP. Itu dikatakan keadilan!

Pengumuman keluar parti oleh Datuk Zaid Ibrahim setelah kecewa dengan ketelusan PKR dalam sesi Pemilihan PKR 2010. Sebagai seorang calon Timbalan Presiden PKR, Zaid telah mengumumkan atau dalam bahasa mudahnya memaklumkan ketidakadilan dalam proses Pemilihan PKR 2010 di peringkat pusat. Ini menyebabkan Zaid Ibrahim mengambil keputusan keluar parti. Itukah yang dikatakan keadilan!

Kekecohan sewaktu pemilihan peringkat cabang di Selangor dan Perak yang menyaksikan banyak insiden kekasaran dan adegan tumbuk menumbuk hingga menyebabkan calon yang bertanding takut. Tidak kurang juga penyandang ketua di peringkat cabang yang memasang gengster hingga menakutkan calon-calon yang bertanding. Akibatnya, ramai calon penyandang tewas kepada calon baru. Itukah keadilan!

Sebenarnya banyak lagi, tetapi yang paling banyak ‘keadilan’ ialah calon-calon lantikan dalam Majlis Tertinggi PKR. Bagaimana calon PKR yang kalah dalam pertandingan boleh dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi? Dan, paling menghairankan jawatan untuk calon lantikan lebih ramai berbanding calon jawatan yang dipertandingkan. Itukah keadilan!

Terbaru, pengumuman keluar parti Jeffrey Kitingan, Ketua PKR Sabah tempoh hari berkait rapat dengan keadilan dalam PKR. Macam mana rakyat Sabah malah Ketua PKR sendiri boleh membuat keputusan sebegitu setelah melihat apa yang telah dilakukan PKR Pusat terutamanya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali terhadap penduduk Sabah dan Sarawak?  

Rakyat Sabah telah sedar daripada mimpi bagaimana Anwar dan Azmin telah lakukan ke atas mereka selama ini. Kesedaran ini menyebabkan tidak lama lagi ahli-ahli PKR Sabah akan keluar beramai-ramai dan berkemungkinan banyak cabang PKR di Sabah akan tutup pintu dan gulung tikar.

PKR Sabah sudah bangun dari mimpin, PKR Sarawak bila lagi? Rasanya belum terlambat PKR Sarawak mengikut jejak PKR Sabah.

See Chee How harus berfikir kembali “bagaimana anda boleh mendakwa diri memperjuangkan keadilan, kerajaan yang baik dan ketelusan apabila anda dan parti sendiri tidak mengamalkannya”.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger