Wednesday, January 26, 2011

PKR DIAMBANG KE ALAM KUBUR

Menjadi kelaziman, setiap kali kempen pilihan raya kecil diadakan ada sahaja ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang akan keluar parti. Andai pilihan raya kecil ini berlarutan, maka nescaya Pakatan Pembangkang akan kehilangan pemimpin dan parti akan gulung tikar atau erti kata lain dikuburkan.


Yang menghairankan isu keluar parti ini berlaku ke atas Pakatan Pembangkang. Kalau dahulu hangat diperkatakan mengenai ahli politik lompat parti, tetapi kali ini ternyata berbeza apabila ramai pemimpin kanan parti yang melompat parti. Persoalannya, apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian? Apakah diberi rasuah atau telah bosan dengan tingkah laku parti yang selama ini dikatakan memperjuangkan keadilan, tetapi sebaliknya memperjuangkan kepentingan individu?

Terbaru, pengasas PKR yang bernombor keahlian 00012, Ng Lum Yong telah mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. Dalam meneruskan kesimbungan politiknya, beliau telah menyertai MCA, parti yang dipercayai mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Keluarnya Ng Lum Yong bermakna PKR hanya tinggal 3 lagi pengasas iaitu Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua dan Badrul Amin Baharom. Mereka ini tersangat setia dengan Anwar Ibrahim walaupun ketika ini sedang melalui detik-detik sukar sebelum disumbat ke penjara sekali lagi ekoran perlakuan songsangnya yang melakukan liwat.



Pengumuman keluar parti Ng Lum Yong bukanlah yang pertama dan juga bukanlah yang terakhir. Nescaya selepas ini akan ada ramai lagi ahli dan pemimpin PKR yang akan keluar parti. Mengikut statistik, lebih 90 peratus daripada 30 individu penting yang menjadi pengasas PKR sudah meninggalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan kini PKR diibarat nyawa-nyawa ikan.

Apabila ditanya mengapa Ng Lum Yong mengambil keputusan untuk keluar PKR, jawapannya mudah, selepas 12 tahun memperhambakan diri kepada perjuangan reformasi kerana parti itu kini caca-merba dan tiada lagi perjuangan untuk rakyat sebaliknya, segala-gala dilakukan kerana Anwar.

"PKR hari ini sudah tiada asas perjuangan, jauh terpesong daripada matlamat asal penubuhan dahulu, tiada lagi reformasi kerana semuanya yang berlaku dalam parti adalah semata-mata demi memenuhi selera politik luar biasa Anwar sehingga segalanya sanggup dipolitikkan tanpa rasa bersalah.

"Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, saya tidak boleh lagi berterusan berada dalam parti ini, saya perlu keluar demi untuk menyedarkan rakyat supaya jangan lagi tertipu dengan mainan politik kotor Anwar”.

Untuk makluman, pengumuman keluar PKR ini bukanlah beliau sahaja yang keluar PKR. Ini kerana di belakangnya ada lebih 1,000 orang ahli PKR yang berbangsa Tionghua yang turut sama mengikut jejaknya. Alasan mereka mudah, iaitu mereka sudah kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

Melihat kepada keadaan semasa yang melanda PKR, ada ahli nujum yang meramalkan PKR akan terus dibubar. Belum ada dalam sejarah politik dunia mahupun di Malaysia, lebih 90 peratus pengasas dan seramai 13 wakil rakyat memilih untuk meninggalkan PKR atas alasan mereka sudah tersedar daripada penipuan Anwar dan sedar siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Ditanya apakah yang membuatkan mereka sedar dengan Anwar? Jawapannya, Anwar bukan sahaja kaki putar alam malah beliau sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu politiknya termasuk mengadaikan agama, bangsa dan negara. Adakah orang sebegini layak jadi pemimpin?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger