Friday, February 11, 2011

BARU BIAN CALON KETUA MENTERI, EDWIN DUNDANG???



Baru Bian calon Ketua Menteri Sarawak. Wanita PKR Sarawak pimpinan Nurhanim Mokhsen secara terang menyokong penuh Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak. Mempunyai karektor baik dalam membela rakyat Sarawak terutama yang melibatkan tanah NCR.

Itu tak mengapa, sebab sesama mereka dalam PKR mestilah saling menyokong, tetapi bagaimana pula dengan SNAP, DAP dan PAS? Apakah mereka juga menyokong Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak bagi pihak Pakatan Pembangkang?

Sebelum Baru Bian, Chong Chieng Jen juga bercita-cita nak jadi Ketua Menteri Sarawak. Alasannya, DAP penyumbang kepada kemenangan Pakatan Pembangkang Sarawak dan mereka juga mewakili majoriti kedua di Sarawak. Tetapi, bagaimana pula dengan masyarakat Dayak yang merupakan penduduk majoriti Sarawak?

Baru Bian yang asalnya daripada kaum Orang Ulu telah disangka orang Dayak oleh Anwar Ibrahim. Seperti dalam setiap ceramah Anwar di Sarawak terutama di rumah-rumah panjang, Pakatan Pembangkang akan melantik kaum Dayak sebagai Ketua Menteri. Janji Anwar Ibrahim ini telah memakan diri hingga akhirnya beliau mengambila masa yang lama untuk melantik kembali Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak.

Kedua-dua calon ini, Baru Bian dan Chong Chieng Jen telah terkeluar daripada senarai calon Ketua Menteri Sarawak. Pun begitu, masih ada seorang lagi calon yang sesuai dan layak diangkat sebagai calon Ketua Menteri Sarawak.

Siapa tidak kenal Edwin Dundang? Seorang pemimpin tempatan berpengaruh dan setia kepada parti. Mempunyai darah tulen sebagai seorang Dayak dan kesetiaan kepada parti. Pemimpin sebegini yang paling layak andai kiranya Pakatan Pembangkang menang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Justeru, Baru Bian tidak layak diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak walaupun jasa dan pengorbanannya dalam memperjuangkan isu tanah. Perjuangan Baru Bian dalam tanah hanya untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang akan mengkayakan Baru Bian dan keluarganya.

3 komen:

  1. awak ni tak paham ka, orang ulu itu dalam kategori dayak juga. jadi tak salah sekiranya beliau disokong menjadi ketua menteri. taib mahmud tu melayu ka? setahu aku dia ni melanau kumpulan minoriti di sarawak, tp melayu cina pun sokong dia...apa mcm

    ReplyDelete
  2. Zionist: Sebelum awak cacamarba yang tak tentu pasal lebih baik awak cari istilah Orang Ulu dalam kamus.

    Kat Sarawak orang Iban merupakan majoriti manakala Orang Ulu kaum minoriti.

    Anwar Ibrahim HANYA berjanji mahu memberikan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada kaum IBAN dan bukannya Orang Ulu.

    Baru Bian Orang Ulu dan tidak ada dalam senarai.

    Di Sarawak Orang Melanau kategori Orang Melayu.

    ReplyDelete
  3. Baru nk maju orang dayak kau org dh berfikiran yg bukan 2....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger