Friday, February 11, 2011

HARI VALENTINE: PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK SEPAKAT


Melabuhnya bulan Februari, pastinya ramai pasangan muda-mudi ghairah menantikan kedatangan ‘Valentine Day’. Menjadi trend pasangan Malaysia sama ada Melayu, Cina, India mahupun Bumiputera Sabah dan Sarawak meraikannya. Alasannya mudah, tidak salah meraikannya asalkan tidak melakukan maksiat.

Itulah jawapan yang sering diberikan pasangan muda-mudi ini ketika ditanya mengapa mereka harus meraikannya.

Bagaimanapun, artikel tidak akan menyentuh sepenuhnya mengenai sambutan Valentine Day yang akan disambut muda-mudi, tetapi sebaliknya membincangkan bagaimana Valentine Day ini menjadikan Pakatan Pembangkang tidak sehaluan dan bercelaru.

Dalam membanteras kerosakan akhlak dan perlakuan maksiat, Pakatan Pembangkang khususnya PAS lantang menyuarakan pandangannya mengenai kegiatan yang dilakukan semasa Valentine Day. Usaha PAS menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral serta 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' pada Hari Valentine menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.


Hasrat PAS dalam kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat tentangan hebat daripada DAP.

“Pihak berkuasa agama di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Pembangkang akan menjalankan pemerikasaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang”.

Bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan kawalan moral yang dilakukan PAS di beberapa negeri tadbiran Pakatan Pembangkang bersempena Hari Valentine bukanlah dasar yang disepakati Pakatan Pembangkang. Tindakan PAS ini sebagai suatu yang membelakangkan kepentingan Pakatan Pembangkang demi menjayakan hasrat dan kepentingan PAS semata-mata.


PAS akan melancarkan kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas di Pasar Seni, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan menjayakan zero for maksiat Valentine Day.

Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali sangat mengharapkan rakan-rakan bukan Islam menghormati usaha PAS bagi membanteras kegiatan maksiat muda-mudi dalam meraikan Hari Valentine.

Dalam pada itu, Dr Lo’ Lo’ menegaskan kempen ini tidak terikat kepada mereka yang bukan Islam. PAS tidak akan menyekat hiburan mahupun perlakuan maksiat yang dilakukan oleh mereka yang bukan Islam.  

Keghairahan PAS untuk melaksanakan kempen anti-Valentine Day perlu diberi penghargaan. Bagaimanapun, sebelum PAS melaksanakan kempen ini di seluruh negara, Nik Aziz perlu melaksanakan kempen Hari Valentine ini di seluruh Kelantan. Mengikut statistik, pemuda-pemudi Kelantan ramai yang terlibat dalam kegiatan maksiat sama ada rogol, buang bayi, mereka yang menghidap penyakit AIDS dan macam-macam lagi.

Dalam menjayakan usaha ini, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan perlu membuat ‘road show’ ke seluruh Kelantan bagi membanteras gejala maksiat di Kelantan. Sebelum pergi juah, PAS perlu jaga Kelantan yang dianggap serambi Mekah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger