Saturday, February 19, 2011

KETUA PEMUDA PBB: BN SARAWAK CADANG PENDEKKAN MASA KEMPEN


Perjumpaan parti-parti politik bersama SPR menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak telah diambil kesempatan sepenuhnya BN Sarawak untuk mengutarakan cadangan bagi penambahbaikan semasa pilihan raya.

Segala cadangan dan pendapat yang diutarakan parti-parti politik ini sangat dialu-alukan memandangkan Sarawak mempunyai keluasan yang sangat besar sama seperti keluasan Semenanjung Malaysia.

Antara cadangan yang diajukan BN Sarawak pastinya berkisar mengenai memendekkan kempen pilihan raya. Sebelum ini, dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, masa dan tempoh berkempen terlalu panjang dan ini sangat meletihkan di samping mengelak sebarang kekacauan politik.


Suasana politik Sarawak tahun 2006 dan kini sangat berbeza. Ketika ini budaya politik Sarawak telah jauh berubah ekoran kemasukan budaya politik Pakatan Pembangkang Semenanjung Malaysia yang mengamalkan keganasan.

Jika dahulu sewaktu masa penamaan calon, penyokong BN dan pembangkang boleh bertemu dan bersalam-salaman antara satu sama lain. Di samping itu juga, suasana penamaan calon di Sarawak sangat aman tanpa sebarang provokasi mana-mana pihak. Tetapi, kini semua itu sudah lama hilang. Sebaliknya suasana pilihan raya Sarawak sudah bertukar ganas.

Kemasukan parti-parti politik luar seperti PKR, DAP dan PAS yang menjadi dalang kepada budaya politik ganas di Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak semakin takut untuk berpolitik. Lihat saja Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air dan Parlimen Sibu apabila ramai di kalangan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang datang ke Sarawak sambil menghuru-harakan rakyat Sarawak. Akibatnya, rakyat Sarawak kini semakin takut untuk berpolitik termasuk untuk turun mengundi.


Justeru, cadangan Ketua Pemuda PBB, YB Datuk Fadillah Yusuf mengenai memendekkan masa berkempen seharusnya dipandang positif oleh parti-parti politik mahupun SPR serta Pakatan Pembangkang. Ketika ini pun Pakatan Pembangkang kerap mengadakan kempen politik dengan mengadakan ceramah-ceramah di kedai-kedai kopi, rumah ahli-ahli parti dan di rumah-rumah panjang. Kesimpulannya, Pakatan Pembangkang setiap hari mengadakan kempen politik tanpa perlu menunggu masa berkempen.

Masa berkempen yang panjang juga akan menimbulkan ketegangan keselamatan serta memperbanyakkan dosa di kalangan Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan PAS. Memendekkan masa berkempen sekaligus mengurangkan dosa-dosa bagi ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger