Thursday, February 24, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG BEREBUT SESAMA SENDIRI KERUSI DUN PIASAU



DUN Piasau yang akan disandang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga sebelum ini berjaya mempertahankannya selama enam penggal akan ditentang calon DAP dan PKR. DUN Piasau terletak di bawah Parlimen Miri bersama dengan DUN Senadin dan DUN Pujut. Kedua-dua DUN Senadin dan DUN Pujut akan ditentang calon DAP.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang ini, DAP akan meletakkan calonnya di kawasan bandar mengikut majoriti kaum Cina manakala PKR pula akan meletakkan calonnya di kawasan luar bandar. Namun, bagi kawasan DUN Piasau ini, Pakatan Pembangkang masing-masing berebut untuk meletakkan calon mereka.

Apakah keistimewaan DUN Piasau ini sehingga menyebabkan kedua-dua parti Pakatan Pembangkang ini mahu meletakkan calon masing-masing untuk menentang BN-SUPP? Melihat kepada perkiraan, kedua-dua Pakatan Pembangkang ini sebenarnya bukannya mahu serius untuk membantu rakyat di kawasan DUN Piasau ini sebaliknya ada agenda yang lebih penting berbanding membantu rakyat.

DUN Piasau yang disandang Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden SUPP. Seandainya DAP mahupun PKR yang berjaya mengalahkan Tan Sri Dr George Chan maka mereka akan dilihat kuat dan berkuasa.


Ling Sie Kiong, peguam muda yang berusia 28 tahun, masih mentah dalam politik kerana sebelum ini banyak menghabiskan masa berguru dengan Karpal Singh. Setelah belajar mengenai selok belok menipu daripada Karpal Singh, maka mengambil keputusan pulang ke Miri, Sarawak untuk mengadaptasikan kemahiran itu ke atas masyarakat Miri.

Walupun latar belakang pendidikannya tidaklah sehebat seperti yang diwar-warkan Pakatan Pembangkang namun Ling Sie Kiong ini pernah belajar secara percuma dan pengajiannya disubsidikan kerajaan ketika bersekolah di SK North dan SMK St Joseph, Miri.

Ketika anak muda yang masih berhingus ini mahu terlibat dalam politik dan bertanding di DUN Piasau, Ketua PKR Miri, Dr Teo Yu Kheng, calon yang disebut-sebut bertanding menentang Tan Sri Dr George Chan tetap dengan keputusannya biarpun DAP meletakkan calonnya di situ.

Dr Teo Yu Kheng yang sebelum ini bekerja keras untuk bertanding di DUN Piasau sehingga sanggup berbelanja lebih dengan menggunakan wang sendiri bagi membawa Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang lain ke Miri bagi menyampaikan kempen mereka. Bagaimanapun, tindakan DAP yang mahu juga meletakkan calonnya di DUN Piasau telah memaksa Ketua PKR itu akan memikirkan kembali kerjasama Pakatan Pembangkang di Miri.

Tindakan DAP itu menggambarkan bahawa mereka tidak mahu PKR menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang walaupun PKR mempunyai jumlah majoriti. Adalah menjadi dasar DAP yang mahu menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Pembangkang seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Selain penyumbang kepada kemenangan, DAP menganggap PKR masih lagi baru dalam politik khususnya sebagai Pembangkang. Oleh yang demikian, PKR sewajarnya tidak diberi ruang dan peluang untuk memimpin Pakatan Pembangkang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger