Thursday, February 3, 2011

PILIH IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA, IKUT NALURI BAHAGIA


Fenomena sokongan masyarakat Cina khususnya di bandar terhadap BN kian pudar berbanding sokongan terhadap Pakatan Pembangkang sehingga mencetuskan kebimbangan pemimpin-pemimpin BN. Dalam keadaan ini, BN Sarawak tidak terkecuali menerima nasib yang sama, sedangkan BN cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat Cina.

Dalam hal ini, pembangkang tidak rugi apa-apa kerana sebagai pembangkang, tugas mereka hanya mengkritik dan tidak mempunyai nilai untuk membantu rakyat. Namun kini disebabkan cita-cita mereka hendak menerajui kerajaan maka mereka  menganggap adalah perlu untuk mereka terus mendapatkan sokongan walau dalam apa cara sekalipun. Pakatan Pembangkang berasakan melalui cara ini mereka akan dapat menarik sokongan rakyat.

Sebenarnya, kehidupan masyarakat Cina di Sarawak tidaklah sesukar saudara mara mereka di negara China. Di Malaysia, masyarakat Cina bukan sahaja menguasai ekonomi bahkan mendapat toleransi kaum apabila tinggal dengan pelbagai kaum asal khususnya Melayu, Dayak, Melanau dan Orang Ulu. Secara totalnya, kehidupan masyarakat Cina di Sarawak adalah lebih baik dan terjamin.

Dalam menjayakan keperluan dan nasib masyarakat Cina, pengundi-pengundi Cina seharusnya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mewakili mereka khususnya di dalam kerajaan. Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya tahu mencerca dan menabur fitnah ke atas segala perlakuan pemimpin kerajaan dalam membuat sesuatu perkara bagi memajukan rakyat dan negeri.

Seperkara lagi, dalam meraih sokongan masyarakat Cina, pemimpin Pakatan Pembangkang bijak menggunakan Dewan Undangan Negeri bagi menunjukkan perlakuan sebenar mereka dan tindak tanduk ini akan disebarkan kepada rakyat. Oleh yang demikian, tidak hairan mengapa pemimpin Pakatan Pembangkang melakukan perbuatan dan tingkah laku di luar batasan seperti mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan keperibadian seorang wakil rakyat.

Masyarakat Cina disaran memilih pemimpin yang benar-benar mampu dan mahu membela rakyat khususnya pemimpin yang mampu mewakili mereka dalam sebarang membuat keputusan dalam kerajaan. Pastinya, tanpa wakil yang efektif dalam kerajaan, kaum Cina akan mendapat kerugian kerana pemimpinnya tidak berpeluang berkongsi pengalaman dengan kaum lain.

Kompenan BN Sarawak yang diwakili SUPP perlu menjadikan peranannya sentiasa diterima rakyat dan perhatian masyarakat Cina serta tidak syok sendiri. Apakah SUPP masih relevan dalam mewakili masyarakat Cina di Sarawak?

Tidak dinafikan ramai masyarakat Cina menyokong Pakatan Pembangkang sehingga sanggup menafikan kerelevanan SUPP dalam konteks membela masyarakat Cina. Namun, apa yang telah SUPP lakukan ke atas masyarakat Cina?

Pendekatan Pakatan Pembangkang khususnya DAP yang menggunakan sentimen menyerang kewibawaan SUPP dalam membela rakyat Cina telah berjaya menarik minat dan perhatian masyarakat Cina untuk menyokong mereka. Di samping itu, sikap pemimpin DAP yang keterlaluan dalam mendesak dan mengkritik kerajaan menarik minat masyarakat Cina. Persoalan di sini, apakah yang masyarakat Cina mahukan?


Setiap kaum mempunyai pelbagai masalah dan isu. Isu ini tidak akan selesai seperti mana kehendak manusia yang tiada kesudahan. Apakah kerajaan hanya perlu melihat permasalahan kaum Cina sahaja? Dalam masyarakat majmuk, kerajaan diwakili pemimpin daripada pelbagai kaum bagi tujuan mengimbangi keseimbangan kaum. Selain itu, dengan harapan pemimpin pelbagai kaum ini akan dapat menyuarakan permasalahan yang dihadapi rakyat di sesuatu kawasan. Melalui cara ini, kerajaan akan dapat mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi.

Berbeza keadaannya dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang bertindak sebagai pembangkang. Dalam negara demokrasi, perlu ada dua kompenan yang bertindak sebagai kerajaan dan pembangkang. Ini bertujuan mengimbangi pentadbiran dan seterusnya menjadikan pentadbiran yang cekap dan efisien. Tetapi, pembangkang di Malaysia hanya tahu mengkritik, mendesak, memfitnah dan mencerca kerajaan tanpa memberi sebarang cadangan mahupun pandangan.

Sebagai wakil rakyat yang bertindak mewakili rakyat, setiap pemimpin itu diberikan peruntukan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi rakyat. Namun, kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang tidak menggunakan peruntukkan yang diberikan untuk membantu rakyat, tetapi digunakan untuk menggerakkan aktiviti parti. Bagi menyembunyikan tingkah laku itu, mereka sering kali mendesak kerajaan menyelesaikan permasalahan yng mereka hadapi.

Tindak tanduk pemimpin Pakatan Pembangkang ini sebenarnya hanya lakonan di hadapan mata rakyat. Apakah mereka benar-benar mahu membantu rakyat? Lihat sahaja Baru Bian, Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang sekarang ini sibuk mencari klien dalam menyelesaikan masalah kes tanah. Dari Kuching sehinggalah ke Lawas beliau berusaha mencari klien. Atas jawatannya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak, tidak hairanlah beliau mempunyai ramai klien sehingga menyebabkan peguam lain tidak mendapat tempat. Mengikut statistik, kes yang diwakili Baru Bian dalam tuntutan tanah NCR di mahkamah kebanyakannya berakhir dengan kekalahan. Apakah Baru Bian tidak mengenakan bayaran dalam mewakili mereka di mahkamah? Jika tidak, di manakah beliau hendak mendapatkan sumber pendapatan bagi menyara kehidupan keluarganya.

Justeru itu, setiap masyarakat perlu sedar bahawa mereka tidak boleh hanya berteriak dari luar kerana secara am tidak mudah untuk kerajaan mengubah sasarannya.

“Jadi jika anda bercakap dengan berteriak, anda tidak akan mendapat hasilnya tetapi jika anda mempunyai wakil di dalam kerajaan, mereka akan tampil dengan idea bagaimana untuk menjadikan ekonomi lebih terangkum untuk memenuhi kehendak orang Cina.”

Pehin Sri Dr Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak

Dalam memastikan Sarawak maju menjelang tahun 2030, rakyat secara keseluruhannya perlu memberikan ruang dan keyakinan kepada BN dalam merealisasikan hasrat dan segala perancangan kerajaan di masa hadapan. Keyakinan tinggi rakyat terhadap kerajaan pastinya membolehkan BN bekerja lebih keras di masa hadapan.

Dalam tahun arnab ini, nescaya kehidupan rakyat dilihat semakin baik berbanding sebelumnya. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai!

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger