Tuesday, March 22, 2011

AMK SARAWAK BERCITA-CITA BESAR MENAWAN SARAWAK

 
Selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib secara terang mencabar Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg di kawasan DUN Satok, seorang lagi anggota AMK yang juga Bendahari AMK, Arip Ameran menyatakan hasratnya untuk bertanding di DUN Asajaya.

Arip Ameran sangat mengimpikan untuk menentang penyandang DUN Asajaya Abdul Karim Hamzah pada Pilihan Raya DUN Sarawak. Beliau sangat berharap akan dapat merampas kawasan DUN Asajaya yang sangat diidamkannya itu bagi meluaskan empayar syarikat peguamnya di Asajaya dan Samarahan.

Sebagai pengamal undang-undang, Arip Ameran yang merupakan seorang peguam syarie berhasrat untuk mengembangkan syarikatnya di seluruh Sarawak. Beliau mengambil contoh pendekatan yang digunakan ketuanya Baru Bian. Selain memperoleh pendapatan atau bayaran daripada klien, Arip Ameran juga mengenakan pelbagai bayaran bagi mendapatkan perkhidmatannya.

Dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat terutama di kawasan DUN Asajaya, Arip Ameran dipercayai akan membuat apa sahaja termasuklah sanggup memberikan perkhidmatan percuma kepada penduduk kawasan DUN Asajaya. Tetapi, perkhidmatan percuma itu hanya ketika kempen pilihan raya.

Dengan nada penuh gah, Arip Ameran yakin dirinya mampu merampas DUN Asajaya daripada tangan BN. 

“Pada masa kini, rakyat mula berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, demi pembangunan kawasan mereka”.

Apakah selama BN memerintah, penduduk DUN Asajaya tidak menikmati pembangunan seperti yang dilemparkan PKR? Tidakkah rakyat Asajaya merasai pembangunan yang disalurkan BN selama ini walaupun pembangunan itu tidak secara keseluruhan. Kenapa rakyat Asajaya sanggup menggadaikan masa depan anak cucu cicit mereka hanya kerana menyokong Pakatan Pembangkang?

Apakah juga rakyat Asajaya sanggup melihat kawasan DUN Asajaya ini diperintah Pakatan Pembangkang yang hanya pandai menabur janji? Selama ini, BN sentiasa memberikan perhatian yang termampu tanpa rasa prejudis kepada mana-mana pihak. 

Untuk itu, rakyat DUN Asajaya perlu ingat bahawa menyokong AMK dan PKR bermakna rakyat menyokong Anwar. Anwar yang kini hanya menunggu keputusan DNAnya yang akan membuktikan Anwar sebagai lelaki Y atau sebaliknya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger