Tuesday, March 8, 2011

APAKAH RAKYAT MAHU SARAWAK SAMA SEPERTI PULAU PINANG???



Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan Pakatan Pembangkang berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Bagaimanapun, Perak bernasib baik ekoran krisis kepimpinan Pakatan Pembangkang maka Perak telah dikembalikan ke pangkuan BN. Sehingga kini, Perak telah mencapai keamanan dan kemajuan setelah dikembalikan kepada BN.

Tidak seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang, dua negeri yang masih diperintah Pakatan Pembangkang itu telah mengalami pelbagai macam masalah sehingga menyebabkan rakyat di kedua-dua negeri itu mengemis di negeri sendiri. Malah janji Pakatan Pembangkang untuk memberikan air percuma, elaun kepada keluarga yang mempunyai anak kecil dan orang tua, elaun kematian dan seribu macam elaun yang sehingga kini masih belum diterima rakyat di negeri jajahan Pakatan Pembangkang.


Ramai rakyat di Pulau Pinang menyifatkan sepanjang tiga tahun di bawah pemerintahan DAP, mereka diibaratkan duduk di dalam rejim Zionis. Mereka bukan sahaja dinafikan hak malah sanggup mengusir keluar rakyat Pulau Pinang dari negeri sendiri. Demikian juga pendapatan mereka yang sebelum ini banyak bergantung kepada berniaga juga telah disekat dengan pelbagai macam peraturan yang sangat tidak adil. Atas kesedaran itu, ramai rakyat Pulau Pinang mengharapkan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang dapat diadakan secepat mungkin bagi memberi peluang dalam memilih BN sebagai pemerintah.

Selain menggugat perpaduan di kalangan rakyat Pulau Pinang, ekonomi Pulau Pinang juga dilihat terumbang ambing hingga menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan. Sebelum ini, ramai peniaga Melayu Pulau Pinang yang telah disingkirkan dan dinafikan hak mereka untuk berniaga.

Pelbagai macam cerita negatif telah banyak kedengaran mengenai Pulau Pinang dan Selangor. Apakah rakyat Sarawak masih tidak mahu memahami apa yang akan berlaku sekiranya Sarawak diperintah Pakatan Pembangkang? Mahukah rakyat Sarawak mempunyai negeri seperti Pulau Pinang yang mana rakyatnya ditindas dan mengemis di negeri sendiri?


Ketika ini rakyat Sarawak hidup dalam aman damai di bawah pentadbiran BN. Perjuangan BN khususnya dalam menyelesaikan masalah rakyat seperti isu tanah, pendidikan dan sekolah Cina, kemudahan asas dan awam, dan banyak lagi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Asas kepada ini, rakyat Sarawak digesa menolak kepimpinan Pakatan Pembangkang yang hanya mahukan kuasa berbanding memperjuangkan nasib rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger