Monday, March 21, 2011

APAKAH RAKYAT MENERIMA KEHADIRAN PAS DI SARAWAK?


Cita-cita besar PAS dalam Pilihan Raya DUN Sarawak semakin terserlah apabila membayangkan mahu bertanding di 6 kawasan DUN antaranya Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak dan Senadin.

Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang lalu, menyaksikan DAP menang tipis mengatasi BN. Kejayaan DAP ini diraikan PAS sebagai Pakatan Pembangkang yang bersama-sama memperjuangkan DAP sebagai sebuah parti politik yang toleransi.

Kemenangan DAP juga disebabkan kemampuan dan sumbangan PAS dalam menghasut rakyat Sarawak untuk membenci BN yang sebelum ini banyak memberikan sumbangan kepada rakyat. Dengan menjadikan rakyat Kelantan sebagai perbandingan, PAS mengajak rakyat Sarawak melakukan perubahan dengan menyokong Pakatan Pembangkang.

Berbeza dengan rakan mereka DAP dan PKR yang sudh bertapak dan mempunyai wakil dalam DUN Sarawak, PAS dilihat terdesak untuk meletakkan calonnya bagi menduduki kerusi DUN Sarawak. Ini bertujuan untuk menunjukkan relevannya PAS di Sarawak.

Mengimbas ‘perkenalan’ PAS dan DAP yang disifatkan sebagai ‘kahwin palsu’, dahulunya mereka ini umpama tikus dan kucing. DAP mempertaruhkan konsep Malaysian Malaysia yang bermatlamatkan kepentingan liberal manakala PAS mahukan sebuah negara Islam. Perbezaan idealogi politik menyaksikan kedua-dua parti itu tidak dapat duduk semeja bahkan gambar-gambar sebelum ini hanyalah bersikap lakonan.


Tindakan PAS yang mengetatkan peraturan rumah judi di Kelantan telah mencetuskan rasa tidak senang DAP. DAP yang lantang memperjuangkan kepentingan kaum Cina mahukan Kerajaan Kelantan menarik balik larangan tersebut. Ini disebabkan rumah judi merupakan sebahagian perniagaan yang banyak memberikan keuntungan kepada mereka.

Dalam meredakan ketegangan politik dan hubungan, PAS sanggup menangguhkan perlaksanaan peraturan dengan memperuntukkan masa bagi melakukan kajian. Kenapa sebelum ini, PAS tidak melakukan kajian sebelum melakasanakan peraturan? Apakah PAS tunduk dengan desakan DAP yang dilihat banyak memberi tekanan kepada PAS terutama di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang?

Apakah rakyat Sarawak masih ingat kenyataan Hadi Awang yang mempersendakan masyarakat Dayak Sarawak ketika PRK Batang Ai?


“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS”.

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Jelas lagi terang, pemimpin PAS itu bukan sahaja memperlekehkan hak orang Dayak bahkan secara langsung memperkecilkan peranan masyarakat Dayak dalam menegakkan demokrasi di Sarawak.

Kenyataan Pas itu juga membuktikan Pakatan Pembangkang khususnya parti luar Sarawak itu tidak sensitif dengan budaya dan kepelbagaian kaum di Sarawak. Kebanyakan PKR, DAP dan PAS ini menganggap hanya mereka sahaja yang pandai dan tahu memerintah, tetapi hakikatnya Pakatan Pembangkang ‘buta’ dalam menilai kemampuan rakyat Sarawak.

Sarawak selesa dengan pemerintahan yang sedia ada dan mahukan transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri dirasai rakyat Sarawak terutama yang membabitkan pembangunan Sarawak.

4 komen:

  1. PAS mengaku memperjuangkan Islam,
    tapi sekarang mereka bersengkongkol dan bersubahat menumbangkan kepimpinan Islam di Sarawak.
    Jika PR menang,muslim dalam PKR dah bersetuju mengangkat Baru Bian jadi CM Sarawak.

    Agaknya, kalaulah mereka menang...MENGANGKAT NON MUSLIM JADI CM...inilah sumbangan terbesar PAS kepada umat Islam Sarawak!!!

    Ingat!!!!
    Kita warga Sarawak tidak maafkan orang2 PAS dunia akhirat...
    Di akhirat nanti,kepada Allah kami mengadu
    Inilah pengkhianat Islam sebenar..

    ISLAM FOR ALL, BUT PAS ONLY FOR MALAYA.

    ReplyDelete
  2. HAI JEMBALANG TANAH(MELAYU)
    JEMBALANG FITNAH
    JEMBALANG CACI MAKI
    JEMBALANG PUTAR BELIT
    JEMBALANG SARAWAK REPORT

    HAI JEMBALANG SEGALA JEMBALANG
    MARILAH DATANG KE SARAWAK
    TABURLAH FITNAH
    HAMBURLAH CACI MAKI
    PUTAR ALAMLAH KAMU SEPUAS2NYA

    SEBAB KITA HIDUP TAK LAMA
    SEGALANYA AKAN MENDAPAT BALASAN
    DARIPADA ALLAH SWT JUA.

    INGAT!:MAKSUMKAH ANDA???

    ReplyDelete
  3. pas jauh biza dari party lain politik keluar dari tajuk

    ReplyDelete
  4. pas kerana hanya membadah kan hati rakyat tetapi yang menghiran kan hati aku tentang pas dia orang islam kerja macam setan

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger