Tuesday, March 1, 2011

BARU BIAN CABAR TAIB DEBAT, TAIB CABAR BARU BIAN KEMUKA BUKTI



Kenyataan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berhubung isu Tanah NCR yang diperjuangkan Pakatan Pembangkang dianggap sebagai lapuk.

Atas kapisiti kenyataan itu, Baru Bian selaku Pengerusi Perhubungan PKR merangkap penguambela tanah berasa tercabar. Susulan dengan kenyataan itu, Baru Bian terus mencabar Ketua Menteri Sarawak untuk berdebat mengenai isu Tanah NCR.

Menurut Baru Bian, Pakatan Pembangkang terutama dirinya menganggap isu Tanah NCR ini tidak akan selesai dan semakin mudarat sekiranya Sarawak masih ditadbir BN.

Dengan nada angkuh dan disaluti perasaan sombong, Baru Bian memberikan masa dua minggu kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjawab tawarannya itu.

Sambil mengharapkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjawab tawarannya, Baru Bian membenarkan menghantar wakil sama ada Datuk Amar Awang Tengah atau Dato’ Sri James Masing.

Baru Bian menjelaskan dirinya tidak kisah siapa yang dihantar atau ketiga-tiga mereka datang sekaligus untuk berdebat dengannya.

Debat itu nanti sekiranya boleh diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di hadapan pemilik tanah NCR terutama di peringkat kampung. Permintaan itu bertujuan untuk mendapat publisiti dan promosi percuma PKR bersempena dengan Pilihan Raya DUN Sarawak. Segala kos dan tanggungan akan dibayar Kerajaan Sarawak.

Di sam ping itu, tegas Baru Bian bahawa kenyataan BN bahawa keluasan tanah NCR di Sarawak seluas 1.5 juta hektar adalah salah. Teknologi yang digunapakai Kerajaan Sarawak dalam menyukat keluasan tanah adalah tidak terkini sehingga menyebabkan keluasan yang disukat itu salah.

Menurut anggaran PKR, jumlah keluasan sebenar tanah NCR di Sarawak adalah berjumlah 4.5 juta hektar. Dalam hal ini, PKR tidak memerlukan sebarang teknologi untuk menyukat kerana PKR hanya berpandukan peta Sarawak serta beberapa pemilik tanah yang telah meminta Baru Bian mewakilinya ke mahkamah.

Sehingga kini, sebanyak lebih 200 kes telah didaftarkan di mahkamah dengan lebih 100 kes tersebut didaftarkan oleh Baru Bian.

Melihat kepada angka itu, jelas menunjukkan taktik Baru Bian untuk menambahkan pendapatannya sebagai peguambela tanah telah mendapat sambutan. Selain ramai yang terpedaya dan tidak kurang juga yang rugi, tindakan Baru Bian itu dalam membawa usul Tanah NCR hanya bersifat mendapatkan keuntungan.

Tidak sampai dua minggu atau dalam erti kata lain belum sampai tempoh 24 jam, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mencabar Baru Bian mengemukakan bukti berhubung dakwaannya mengenai isu Tanah NCR.

Ketua Menteri Sarawak meminta Baru Bian kemukakan bukti kukuh bagi menyokong tuduhannya bahawa Kerajaan Sarawak merampas Tanah NCR. Sambil menegaskan, Kerajaan Sarawak tidak pernah merampas tanah NCR dan isu ini sengaja diperbesar-besarkan Baru Bian dan Pakatan Pembangkang.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak menyarankan kepada pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengenai status dan sukat tanah mereka boleh berjumpa terus dengan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar masalah itu boleh diselesaikan dengan baik.

Dan, sekiranya pertemuan tersebut masih belum dapat menyelesaikan masalah, maka pemilik tanah boleh membawa kes ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang menentukannya.

Di mahkamah, segala keputusan yang telah ditetapkan akan dipatuhi kerajaan walaupun keputusan mahkamah walaupun tidak memihak kepada kerajaan.

Dalam beberapa kes kebelakangan ini, pemilik Tanah NCR cenderung menggunakan pembangkang dalam menyelesaikan isu ini sedangkan kerajaan sudahpun menyediakan paltform yang sewajarnya untuk pemilik tanah melaporkan sebarang permasalahan berhubungan Tanah NCR.

Kecenderungan menggunakan pembangkang sebagai orang tengah telah mengakibatkan pemilik tanah NCR rugi dan sekaligus menjadikan pemilik tanah sebagai bahan ujikaji demi kepentingan politik mereka.

Kerajaan Negeri bersikap terbuka mengenai hal ini dan sanggup berbincang dengan pemilik tanah NCR yang menghadapi masalah tentang status tanah mereka.

Keprihatinan kerajaan terhadap pemilik tanah NCR ini tidak perlu dipersoalkan. Terdahulu, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukkan RM20 juta untuk menyukat tanah NCR dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam isu ini.

Manakala, dalam perdebatan mengenai premium tanah, Kerajaan Sarawak telah mengenakan kadar premium paling rendah di Malaysia malah jauh lebih baik dari Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir Pakatan Pembangkang.

Jadi tidak hairanlah, DAP Sarawak tidak berani mempersoalkan isu Premium Tanah malah ketika ini DAP sudah kekurangan isu dalam mempersoalkan premium tanah.

1 komen:

  1. Untuk tatapan Orang Sarawak yang bodoh lagi bebal

    The 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan have beat the other 10 BN states by attracting RM25 billion in investments comprising 53% of Malaysia's total investments of RM47.2 billion in 2010. For the first time in history, Penang is now the new champion of investments in Malaysia , coming out top in 2010.

    Penang replaced the previous 2009 champion Sarawak by recording RM 12.2 billion in 2010 as compared to Sarawak RM3.9 billion. Penang was No. 4 in 2009 with RM 2.1 billion but shot up 5 times to No.1. On the other hand Sarawak went down from No.1 in 2009 with RM 8.5 billion to No. 4 with RM3.9 billion in 2010. Penang's success in drawing in RM12.2 billion is an extraordinary vote of confidence by both foreign and local investors in the PR state government of Penang .

    The No.2 state after Penang is another PR state of Selangor with RM 10.6 billion in investments. In fact the 4 PR states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan combined comprise RM 25 billion investments or 53% of the total investments in Malaysia of RM47,177 million in 2010. These 4 PR states alone can beat the remainder 10 states of BN Malaysia combined!

    Despite the financial constraints and limitations imposed by BN, PR have shown our good governance. In Penang we have excelled by being praised by the A uditor-General Report for being the best financially managed state with record surpluses of RM88 million in 2008 and RM77 million in 2009. Penang became the first state government in history to be commended by Transparency International for C A T(Competency, A ccountability and Transparency) governance in establishing integrity in leadership.

    We have wiped out hard-core poverty, the first state to do so in Malaysia . We are giving senior citizens RM100 every year and when they die, their beneficiaries a one-off RM1,000/-. A ll partially assisted schools of Chinese,Tamil and Sekolah A gama Rakyat are given a fixed sum of at least RM11.3 million every year. We are working towards a wifi state offered free of charge.

    Penang is going green and leading in green practices such as "No Free Plastic Bag" campaigns and waste treatment through 3R of Reduce, Reuse Recycle. Penang enjoys the cheapest water rates in the country. Penang is also the Silicon Valley of Malaysia and selected as the most livable city in Malaysia on par with Kuala Lumpur . We have done more in 3 years what BN fail to do in 51 years.

    So who says that PR can not govern. We may not have the experience but neither do we have the experience to cheat or be corrupt. PR has proven that a clean government can outperform corrupt governments. Voters of Tenang should choose PR that offers a better future not only for you but for your children.

    PR is the better choice because we embrace the future. We embrace the future by embracing each and every one of you whether Malays, Indians, Chinese, Kadazans and Ibans as Malaysian brothers and sisters, Malaysian sons and daughters. Let us grow together, learn together and enjoy the success together.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger