Sunday, March 6, 2011

BN CIPTA TSUNAMI POLITIK KECIL DI DUN KERDAU DAN DUN MERLIMAU



Meskipun ketika artikel ini ditulis, beberapa peti undi masih lagi dalam proses pengiraan, calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim dan di DUN Merlimau, Roslan Ahmad, secara tidak rasmi kedua-dua calon BN itu telah berjaya memenangi pilihan raya.




Tahniah kepada jentera BN secara keseluruhan dan Takziah kepada jentera PAS dan Pakatan Haram.

Selain mencipta kemenangan, calon BN di kedua-dua DUN itu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencipta tsunami politik kecil dalam PRK apabila meningkatkan jumlah majoriti undi BN.

Kejayaan BN dan peningkatan peratusan keluar mengundi di kedua-dua DUN menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam menunaikan hak mereka sebagai warganegara.

Tahniah kepada Yang Berhormat Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Yang Berhormat Roslan Ahmad.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger