Wednesday, March 23, 2011

BN YAKINI KEKUATAN SENDIRI TIDAK HARAPKAN KELEMAHAN PAKATAN PEMBANGKANG





Negara demokrasi memerlukan kerajaan dan pembangkang. Ini penting bagi keseimbangan pembangunan negeri dalam membuat keputusan.

Dalam politik, kerajaan yang dipilih rakyat atas kapasiti dua pertiga. Sarawak, sejak 48 tahun dahulu telah ditadbir dan diperintah BN. Sepanjang pemerintahan BN telah banyak pembangunan sehingga menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri yang pesat membangun.

Namun, diakui pemerintahan BN tidaklah sempurna memandangkan mereka bukan malaikat. Mereka ini hanyalah manusia yang mempunyai kelemahan seperti juga pembangkang. Apakah pembangkang sangat sempurna sehingga sanggup menyatakan mereka boleh menyelesaikan setiap permasalahan rakyat?

Pilihan raya merupakan suatu medan pertempuran antara ‘kerajaan sementara’ dan pembangkang. Dalam peperangan, yang kuat akan menang dan yang lemah akan kalah. Justeru, dalam mencapai kemenangan mutlak dalam politik, strategi pertempuran sangat penting. Setiap kumpulan perlu memastikan kelemahan segera diatasi dan kelebihan ditingkatkan untuk mencapai kemenangan.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, BN Sarawak bergantung kepada kekuatan sendiri dan tidak mengambil kesempatan daripada kelemahan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 April ini.

Pada ketika ini, Pakatan Pembangkang menerima satu lagi tamparan hebat ekoran kebuntuan dalam rundingan berhubung pembahagian kerusi antara SNAP dan PKR. Tamparan ini membuatkan Pakatan Pembangkang di Sarawak lemah dan menampakkan kepincangan dalam perhubungan yang dibina suatu ketika dahulu.

SNAP dan PKR kini bertelagah selepas kedua-dua parti pembangkang itu mengumumkan hasrat untuk bertanding masing-masing bagi 40 dan 52 kerusi.

Apa yang penting bagi BN Sarawak ialah kepercayaan daripada rakyat dan rekod pencapaian yang baik. Kepercayaan yang diberikan rakyat sebelum ini untuk BN Sarawak memerintah telah dipergunakan sebaiknya dalam memaju pembangunan negeri. Penterjemahan BN Sarawak ini membuktikan bahawa kerajaan menjalankan amanah yang diberikan rakyat menerusi undi.


Rekod pencapaian BN Sarawak sebelum ini tidak perlu dipersoalkan memandangkan BN Sarawak sentiasa memastikan setiap permasalahan rakyat diberikan perhatian. Bagaimanapun, diakui permasalahan itu tidak dapat dilaksanakan segera memandangkan BN bukan parti malaikat. Justeru, rakyat perlu melihat BN pencetus kepada penyelesaian masalah. Setiap isu yang berbangkit pastinya mendapat perhatian kerajaan. Sehubungan itu hubungan erat Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan menjadi teras kepada kemajuan dan pembangunan Sarawak.

Berbeza Pakatan Pembangkang yang  tidak habis-habis dengan masalah sehingga menyebabkan hubungan yang sebenarnya retak menanti belah dikatakan sangat erat. Belum lagi memerintah, Pakatan Pembangkang bukan sahaja tidak mampu memerintah bahkan tidak dapat mencapai perpaduan antara mereka. Keadaan ini juga yang berlaku ke atas ‘bapa’ pembangkang di Semenanjung. 

1 komen:

  1. [Rekod pencapaian BN Sarawak sebelum ini tidak perlu dipersoalkan memandangkan BN Sarawak sentiasa memastikan setiap permasalahan rakyat diberikan perhatian.] serius aku nak gelak statement nih!!! ni kes lupa tak sedar ke hape.. sila jawab laa isu rakyat .. masalah setinggan, mslh rampasan tanah, masalah sistem jalan raya.. dh 30 tahun lebih memerintah kerajaan negeri srwk.. mslh jln raya belum setel lg.. lupa.... dana, duit masuk poket sndiri takpun kroni yg sapu.. pembela rakyat konon! mendengar mslh rakyat konon! masih ada lg rakyat yg menghadapi masalah kemudahan asas... apa kes? yg ni aku tengok saluran 501 astro awani edisi khas smpena plhnrya srwk.. jgn ckp aku reka2 cerita plak ye.. MMG DASAR TAK SEDAR DIRI!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger