Monday, March 7, 2011

CABARAN DEBAT BARU BIAN: SIAPA PILIHAN KETUA MENTERI SARAWAK???



Susulan dengan cabaran Baru Bian yang mahu mencabar Pehin Sri Taib Mahmud dalam isu tanah, Konvensyen BN telah mencapai keputusannya. Atas cabaran Baru Bian itu, Ketua Menteri Sarawak memutuskan memberikan kepercayaan kepada Ketua Informasi Parti, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem untuk berdebat dengan Baru Bian.

Keputusan Ketua Menteri Sarawak memutuskan kepercayaan Tan Sri Adenan Satem bagi mewakilinya untuk berdebat dengan Baru Bian. Tindakan Pehin Sri Taib Mahmud disifatkan sebagai langkah tepat memandangkan Baru Bian tidak setaraf Ketua Menteri Sarawak.

Di sebalik persetujuan Ketua Menteri Sarawak yang mahu menyahut cabaran Baru Bian, hakikatnya cabaran itu adalah bermotifkan untuk mempromosikan dirinya. Ketika ini populariti Baru Bian kian terhakis disebabkan pentadbirannya tidak direstui ahli-ahli tertinggi PKR dan tidak disenangi kompenan Pakatan Pembangkang lain.

Baru Bian cuba untuk menjadikan dirinya sebagai juara rakyat atau juara tanah kononnya hendak memperjuangkan tanah. Sebaliknya perjuangan Baru Bian hanya bersifat untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada bayaran guaman membela tanah di mahkamah. Sama ada menang ataupun kalah, klien perlu membayar sebanyak 30 peratus daripada jumlah nilai tanah yang dibawa ke mahkamah.

Baru Bian juga tidak layak berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak memandangkan Pehin Sri Taib Mahmud telah berada dalam perkhidmatan awam hampir setengah abad berbanding ketika itu Baru Bian belum lagi lahir ke dunia ini.

Walaupun BN tahu bahawa menerima cabaran Baru Bian itu sebagai memperlihatkan populariti Baru Bian akan meningkat, PBB sedikitpun tidak gentar. PBB yakin kebenaran pasti akan terserlah.


Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan Adenan, Datuk Dr Wan Junaidi, Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyatakan biarlah kedua-dua pendebat itu setaraf dan mematuhi peraturan.

Menjadi kebiasaan seseorang pendebat mereka mestilah setaraf dari segi status dan kedudukan. Cabaran Baru Bian adalah tidak setaraf memandangkan beliau hanya berjawatan Ketua Perhubungan PKR Sarawak sahaja yang dilantik hanya menggunakan SMS manakala Pehin Sri Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak, Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB adalah pilihan rakyat.

Secara asasnya pemilihan Adenan bagi mewakili Ketua Menteri Sarawak adalah suatu tindakan yang baik dalam menutup mulut Baru Bian yang kian angkuh. Adenan adalah seorang jeneral dalam PBB dan lawannya Baru Bian bukan seorang jeneral. Secara asasnya Adenan bukan lawan mutlak kepada Baru Bian.

Persoalan lain, kenapa Pehin Sri Taib Mahmud tidak melantik di kalangan Pemuda PBB bagi menghadapi cabaran Baru Bian. Diketahui, Pemuda PBB mempunyai ramai yang berkaliber untuk berhadapan dengan Baru Bian. Apakah Pehin Sri mempunyai agenda sendiri untuk memalukan Baru Bian dengan menghantar seorang jeneral.

Bagaimanapun, keputusan Ketua Menteri Sarawak melantik Adenan Satem bagi mewakilinya menghadapi cabaran Baru Bian perlu dilihat dari sudut positif. Sebagai arkitek, setiap perancangan dan taktik Pehin Sri Taib Mahmud tidak pernah kalah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger