Sunday, March 6, 2011

DUN PADUNGAN: SUPP TOLAK CALON BUKAN AHLI??? KENAPA?



Ketika Konvensyen BN Sarawak telah mencapai kata sepakat bahawa BN perlu memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak ini dalam meneruskan agenda politik pembangunan secara berterusan.

PBB, SUPP, PRS dan SPDP telah bersepakat untuk memastikan setiap calon yang diketengahkannya berpotensi untuk menang dan seterusnya mengekalkan kemenangan ⅔ kerusi DUN Sarawak. Perkara yang sama juga ditekankan Perdana Menteri bahawa BN perlu mencalonkan seseorang yang berpotensi untuk menang dan bukannya untuk meraih populariti, tetapi kalah.

Ketika PKR dan DAP bersaing untuk mendapatkan tempat bagi meletakkan calon di DUN Padungan yang sehingga kini masih belum mencapai keputusan muktamad, SUPP-BN juga mengalami masalah dalaman dalam mengenal pasti calon. Apakah sebenarnya yang terjadi ke atas SUPP.

Sebelum ini Presiden SUPP sudah menyatakan bahawa SUPP sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding pada pilihan raya nanti. Kini, Naib Presiden SUPP, Datuk Lily Yong menolak sekeras-kerasnya pencalonan bukan ahli parti untuk bertanding di DUN Padungan.


Beliau sebaliknya berkeras untuk membantah cadangan untuk mencalonkan bukan ahli parti itu di kerusi DUN Padungan.

“Jika ada orang yang memikirkan beliau boleh jadi calon di kerusi Padungan, kita persilakan orang itu memilih untuk pergi ke kawasan lain dan jangan mengucar-kacirkan keadaan Padungan”.
Naib Presiden SUPP, Datuk Lily Yong

Sebelum ini, desas-desus Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), James Chan menjadi calon fovourite BN di DUN Padungan dalam usaha merampas kerusi itu daripada PKR. James Chan merupakan kakitangan kerajaan dan tidak menyertai mana-mana parti politik. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, Lily Yong kalah kepada calon PKR, Dominique Ng.

Sementara itu, Lily Yong yang merupakan Naib Presiden SUPP dan juga Pengerusi SUPP Cawangan Kuching juga masih berminat untuk bertanding di DUN Padungan pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Apakah SUPP-BN mampu untuk merampas kembali DUN Padungan? Beberapa penganalisis politik tempatan menjelaskan SUPP sukar untuk merampas DUN Padungan daripada PKR atau DAP. Ketika ini, isu pembangunan tidak mendatangkan masalah kerana DUN Padungan merupakan kawasan bandar. Tetapi, persoalan di sini, rakyat mahupun seseorang calon yang mempunyai personaliti menarik dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Selain James Chan dan Lily Yong, ada beberapa nama lagi yang menjadi sebutan yang juga merupakan orang parti seperti Bong Lian Huan dan Sim Kiang Chiok.


James Chan ketika ini menjadi pilihan hangat di DUN Padungan kerana personalitinya yang mampu menggugat mana-mana calon Pakatan Pembangkang. Sepanjang menyandang jawatan Datuk Bandar MBKS, beliau bukan sahaja disenangi rakyat di Padungan bahkan hasil kerjanya di MBKS telah berjaya memuaskan hati banyak pihak. Di samping itu, pegawai dan staf MBKS sangat senang dengannya kerana mempunyai bos yang ramah dan rendah diri.

Dalam usaha BN untuk memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak dan SUPP untuk meningkatkan sokongan terutama kaum Cina, seharusnya mendengar suara rakyat. Pada ketika pilihan raya, undi datangnya daripada rakyat dan bukannya daripada calon. Justeru, pilihan yang tepat datangnya dari rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger