Saturday, March 12, 2011

KONVENSYEN PKR TERAKHIR ANWAR IBRAHIM SEBELUM DIPENJARAKAN


Selepas BN Sarawak, PKR Sarawak juga mengadakan konvensyennya yang berlangsung sehari pada hari ini (12 Mac 2011). Konvensyen ini sebagai persediaan memberikan kata-kata semangat kepada ahli-ahli PKR Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak.

Konvensyen PKR Sarawak telah dirasmikan ‘Lelaki Y’ Anwar Ibrahim dan diringi Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian.

Intipati ucapan Anwar Ibrahim banyak berkisar kepada calon lompat parti. Mengambil iktibar ke atas tindakan bekas pemimpin PKR yang telah menjadi wakil rakyat yang melompat parti dengan menyertai BN dan keluar parti dengan menjadi wakil rakyat Bebas.


Kebanyakan pemimpin PKR keluar parti atau melompat parti disebabkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar Ibrahim berikutan tindakannya yang banyak memberi imej buruk kepada parti. Hampir kesemua pengasas PKR telah keluar parti melainkan yang tinggal hanyalah Azmin Ali dan Wan Azizah manakala yang lain sudahpun mengucapkan selamat tinggal kepada Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan sejumlah besar pemimpin dan ahli PKR Sarawak yang berjumlah 200 orang. Anwar Ibrahim juga menasihatkan Baru Bian mencari calon yang berintergriti supaya penyakit PKR di Semenanjung tidak berjangkit dengan PKR Sarawak. Difahamkan sebilangan besar calon-calon PKR Sarawak yang hadir merupakan mereka yang akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

PKR Sarawak akan bertanding di 52 kawasan DUN manakala 19 kawasan DUN lagi akan ditandingi DAP dan PAS. Manakala, sekutu PKR Sarawak, SNAP telahpun mengumumkan keluar pakatan dan melancarkan serangan kepada Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Keputusan SNAP keluar parti kerana PKR Sarawak tidak mahu berkrompomi dengan memberikan sejumlah kawasan DUN yang mahu ditandingi SNAP. SNAP sebelum itu mahu bertanding di 28 kawasan DUN yang majoritinya pengundi Dayak. Bagaimanapun, demi hendak memartabatkan dirinya sebagai Ketua Menteri Sarawak, Baru Bian tidak mahu melayan permintaan SNAP sebaliknya rela untuk SNAP keluar pakatan dan bersaing dengan Pakatan Pembangkang dan BN.

Sambil menambah, setiap calon yang akan mewakili PKR Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak nanti adalah mereka yang benar-benar setia kepada PKR. Jaminan itu disuarakan Baru Bian dan ahli-ahli PKR Sarawak di hadapan Anwar Ibrahim.

Konvensyen PKR Sarawak merupakan perjumpaan terakhir bersama Anwar Ibrahim kerana selepas ini PKR Sarawak akan berjuang sendirian. Ini berikutan Anwar Ibrahim akan disumbatkan ke penjara tatkala perbicaraan kes liwatnya sudah sampai ke klimaks.


Intipati ucapan Anwar Ibrahim mengingatkan ahli-ahli PKR Sarawak bahawa sepanjang peninggalannya yang ketika itu mendiami penjara agar tidak melompat parti. Memandangkan ahli-ahli PKR Sarawak yang terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim dan pastinya mereka tidak mahu melihat Anwar Ibrahim merengkuk dalam penjara.

Baru Bian juga membayangkan calon wanita yang akan mewakili PKR Sarawak untuk berhadapan dengan Ketua Menteri Sarawak. Sebelum ini ramai pemimpin BN mendesak Baru Bian untuk bertanding menentang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian. Pertandingan ini dijangka sangat menarik kerana mempertemukan penyandang Ketua Menteri Sarawak ditentang calon Ketua Menteri Sarawak.

Bagaimanapun, pertandingan yang dijangka menarik itu tidak kesampaian apabila Baru Bian menarik diri dan menghantar calon wanita. Menurut Baru Bian, biarlah calon wanita sahaja yang akan menentang Ketua Menteri Sarawak. Sekiranya calon PKR itu kalah sekalipun, ianya tidak memberi sebarang makna dan sememangnya sudah dijangka.

Apapun, Pakatan Pembangkang masih belum menyelesaikan pertikaian 10 peratus lagi pembahagian kawasan DUN yang menjadi rebutan PKR, DAP dan PAS. 

2 komen:

  1. Lepas ni nuar akan lompat....lompat ke sungai buluh...keh keh keh

    Lompat si katak lompat
    Lompatlah nuar lompat
    Lompat sampai sungai Buluh.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger