Monday, March 7, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG BERBALAH, BN SEPAKAT



Pakatan Pembangkang Sarawak kian hancur. Itulah senario yang dapat digambarkan kepada Pakatan Pembangkang Sarawak susulan daripada ketidakpuasan hati SNAP yang tidak diberi kuota kerusi yang cukup.

Semalam, 6 Mac 2011, SNAP berkeras mahu mendapatkan kepastian mengenai mengapa SNAP tidak mendapat jumlah kerusi yang mereka minta sedangkan PKR mendapat jumlah kerusi terbanyak?

Ketika Pakatan Pembangkang berusaha mencari tempat yang sesuai untuk bermesyuarat sama ada di Markas PAS di Jalan Matang atau Ibu Pejabat DAP di Bangunan Chonglin, Kuching bagi emndapatkan penjelasan. Hasilnya, mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat DAP menemui kegagalan dan difahamkan mesyuarat itu menjadi medan untuk SNAP melepaskan geramnya kepada PKR.

Edwin Dundang, Presiden SNAP memberi amaran kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, sekiranya SNAP tidak diberi jumlah kerusi yang diminta, kami akan keluar Pakatan Pembangkang.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah memberikan kerusi untuk ditandingi SNAP sebanyak 4 kerusi setelah dicampur dengan DAP dan PAS yang berjumlah 19 kerusi kesemuanya. Manakala, PKR telah diperuntukkan sebanyak 52 kerusi.


Mengapakah PKR diberikan jumlah kerusi yang terlalu banyak sedangkan PKR merupakan parti luar yang datang ke Sarawak hanya untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak? Kenapa SNAP yang merupakan parti tempatan hanya diberikan 4 kerusi sahaja?

Dalam pembahagian 19 kerusi, pastinya 10 kerusi dipegang kukuh DAP yang menyasarkan kawasan majoriti Cina dan di bandar. PAS yang sebelum ini diwar-warkan akan diperuntukan hanya 1 kerusi berjaya mendapat 5 kerusi setelah kerja keras PAS Pusat. Bagaimana pula dengan SNAP, nak mengadu dengan siapa?

Apakah pula alasan kukuh PKR mendapat 52 kerusi? SNAP kini mahukan lebih banyak kerusi dan sekiranya PKR tidak mahu berkrompomi mengenai pembahagian kerusi, SNAP akan keluar Pakatan Pembangkang.

Tindakan SNAP pastinya memberi kesan yang tidak baik kepada Pakatan Pembangkang. Hajat Pakatan Pembangkang yang mahukan setiap kerusi DUN Sarawak akan ditandingi satu lawan satu pasti tidak terlaksana dek kerana kedegilan PKR.

Di sebalik keengganan PKR berkrompomi, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah memberikan amaran kepada SNAP untuk tidak mendekatkan diri dengan UBF yang diterajui Dr Jeffery Kitingan dan KITA, Zaid Ibrahim. SNAP juga berkemungkinan akan menyertai UBF atau KITA sebagai langkah untuk mencari pakatan lain yang boleh memberikan mereka ruang untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Azmin Ali sebelum ini juga telah mengingatkan SNAP untuk mematuhi dasar kesepakatan Pakatan Pembangkang. Bagaimanapun, Setiausaha SNAP, Stanley Jugol menemplak Azmin Ali berkaitan dasar Pakatan Pembangkang.

Menurut Staley, dasar Pakatan Pembangkang hanya menguntungkan PKR sahaja manakala parti-parti lain hanya boneka dan pak turut sahaja. Tidak seperti di Semenanjung, kompenan Pakatan Pembangkang Sarawak, DAP dan PAS banyak bergantung dengan PKR sehingga menyebabkan PKR kian angkuh.

Baru Bian juga sebelum ini mendakwa PKR kini semakin kuat apabila berjaya mendapat jumlah peruntukan sebanyak 52 kerusi. Menurut Baru Bian, di sebalik kejayaan PKR itu adalah hasil usaha Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang berjaya menyakinkan DAP dan PAS untuk mendapat kerusi yang banyak.

Pemerhati politik berpendapat dalam senario yang kelam kabut ini, Pakatan Pembangkang tidak dapat diselamatkan lagi. Ramai berpandangan SNAP perlu keluar Pakatan Pembangkang bagi mengelak PKR mendominasi Pakatan Pembangkang. Dengan berdiri sendiri, SNAP dijangka tiada masalah untuk berhadapan dengan mencabar PKR di beberapa kerusi atau kesemua 52 kerusi yang ditandingi PKR.


Ketika BN Sarawak sudah semakin erat dan berkeyakinan untuk memenangi Pilihan Raya DUN Sarawak atas dasar perpaduan dan politik pembangunan, Pakatan Pembangkang kian hancur dek kerana rasa ketidakpuasan hati ekoran pembahagian kerusi yang tidak sepakat. Fenomena ini bukanlah sekali bahkan itulah yang sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang sejak dari dahulu lagi.

Oleh itu, rakyat diseru untuk berfikir mengenai parti yang betul-betul memperjuangkan masalah rakyat dan bukannya berbalah demi untuk mendapatkan kuasa. Ini menunjukkan Pakatan Pembangkang hanya mahukan kuasa memerintah dan tidak memperdulikan nasib rakyat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger