Sunday, March 20, 2011

PARTI TEMPATAN DIUTAMAKAN, PARTI LUAR DIKETEPIKAN



Berkuatkuasa Isnin, 21 Mac 2011, jam 12.01 tengah malam, Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar secara sah.

Pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengenai pembubaran DUN Sarawak bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Turut hadir beberapa pemimpin BN Sarawak; PBB, SUPP, PRS dan SPDP.

Pembubaran DUN Sarawak sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Sarawak memandangkan beberapa petanda Pilihan Raya DUN Sarawak semakin hampir. Petanda ini termasuklah kepadatan program Ketua Menteri Sarawak yang menjelajah ke seluruh Sarawak dan keputusan Perdana Menteri memulakan penjelajahan ke seluruh Malaysia bermula di Sarawak.

Sebaik sahaja pengumuman pembubaran DUN Sarawak, Pakatan Pembangkang mengambil keputusan akan mengumumkan senarai calon-calon mereka. Sebelum ini, SNAP yang dahulunya sebahagian Pakatan Pembangkang dan kini berdiri atas nama Pakatan Pembangkang Tempatan telah mengumumkan senarai 16 calon.

SNAP yang mahu bertanding di 40 kawasan DUN memberitahu pengumuman 16 calon itu adalah permulaan atau fasa pertama manakala selebihnya akan diumumkan kemudian. Yang pasti, calon SNAP mensasarkan kawasan yang akan ditandingi PKR.

PKR dan DAP Sarawak sebelum itu tidak gentar dengan tindakan SNAP yang telah mengumumkan calon-calonnya. Malah, PKR yang bertanding di 52 kawasan DUN dan DAP mensasarkan bertanding di 20 kawasan DUN. PAS dahulunya hanya bertanding di 2 kawasan, tetapi berminat untuk bertanding di 6 kawasan DUN seperti Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak dan Senadin.


Melihat kepada jumlah kawasan, pastinya jumlah kawasan yang akan ditandingi PKR, DAP dan PAS ini melebihi jumlah 71 kawasan. Pertelingkahan kawasan DUN melibatkan PKR-DAP dan PAS-PKR.

Berasaskan kepada situasi ini, PKR, DAP dan PAS masih belum dapat menyelesaikan masalah pembahagian kerusi. Bagaimana pula Pakatan Pembangkang dapat menyelesai dan mengumumkan calon-calon mereka pada minggu depan? Apakah masing-masing mahu berkrompomi antara satu sama lain?

Pakatan Pembangkang bukan sahaja berdepan dengan pertindihan kawasan yang dijangka tiada penyelesaian malah berhadapan dengan calon Bebas. Calon Bebas ini merupakan calon PKR yang tidak dipilih. Terdapat beberapa buah kawasan DUN yang mempunyai lebih daripada satu calon PKR yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN. Terdapat juga calon-calon PKR dan PAS yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN yang sama.

Apakah Pakatan Pembangkang mampu mengharungi situasi ini khususnya di beberapa kawasan DUN majoriti Dayak?

Pakatan Pembangkang juga tidak sepakat dalam mengetengahkan isu dan lebih kepada kesesuaian dan kepentingan parti dan kaum. Ternyata PKR-DAP-PAS mempunyai ideologi berbeza dan bercanggah.

Berteraskan idealogi tunggal untuk berkongsi kuasa, BN Sarawak yang dianggotai 4 kompenan utama, PBB, SUPP, PRS dan SPDP bersepakat bersatu dalam memberikan bantuan dan berkhidmat kepada rakyat.

BN Sarawak yang dianggotai rakan-rakan parti tempatan Sarawak perlu diberi mandat memandangkan rakyat Sarawak yang memerintah, tetapi tidak Pakatan Pembangkang kerana mereka akan dibayangi wakil-wakil rakyat luar daripada Semenanjung.

Apakah rakyat Sarawak rela diperintah orang-orang luar Semenanjung yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan menghapuskan budaya tempatan Sarawak? Usah rela menggadai masa depan anak cucu cicit kita pada masa depan hanya kerana tersilap pangkah dan marah kepada parti tempatan Sarawak. 

5 komen:

  1. Sarawak Untuk Anak Sarawak.
    Bukan untuk Nuar Berahim, Kit Siang, karpal Sing, Nik Aziz yang mengkhianati perpaduan rakyat Malaysia dan anti nasional dan bergabung ala komunis.

    ReplyDelete
  2. Sdra Blogger, minta maaf tumpang promo online poll di sini ya... terima kasih.

    Who should be our next CM? Click on link below (or cut & paste URL) to vote.

    http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576

    ReplyDelete
  3. Sarawak unutk anak sarawak. jangan masuk yang tidak berkenaan. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Mohon Jasa baik masukkan blog saya di dalam blog list
    http://sarawak2011.blogspot.com/

    Khas untuk pilihanraya sarawak 2011

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Kesian tgk korang nie sikit2 Anuar Ibrahim, pas tu Kit Siang, pas tu Nik Aziz...

    Tak da modal lain ker? Atau korang yg mendukung sgt BN nie takut rakyat hilang percaya dgn BN??

    Hahaha politik murahan... Satu lagi Sarawak memamng utk anak Sarawak tp bukan anak sarawak yg gila kuasa tamak haloba spt TAIB... malu jd anak sarawak kalau hanya tahu membolot harta kekayaan sarawak..

    hahaha pengundi dah bijak sekarang pok !!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger