Friday, March 4, 2011

PAS KATA: PENGUNDI MERLIMAU PENGUNDI HANTU???



Dalam detik penentuan hanya tinggal 2 hari bermula dari hari ini, PAS yang bukan kekeringan malah langsung tiada isu yang boleh menjejaskan BN. Malah calon BN, berasa yakin bahawa BN akan menumbangkan PAS dengan majoriti yang besar.

Diketahui rakyat di DUN Merlimau ini mempunyai sejarah sokongan yang sangat baik kepada BN sejak dari dahulu lagi. Keupayaan BN mentadbir DUN Merlimau melalui beberapa bekas ADUN terdahulu dan perkembangan pesat Melaka di bawah pentadbiran BN telah membuatkan rakyat Melaka hari ini merasai pembangunan pesat.

Sejarah membuktikan DUN Merlimau sentiasa bersama BN. Apakah dengan kesan sejarah itu membuatkan PAS mendakwa 750 individu di luar daerah Merlimau didakwa sebagai pengundi hantu? Apakah juga rakyat DUN Merlimau ini membela atau menjadi hantu? Hebat sungguh PAS ini menilai rakyat Merlimau ini sebagai hantu...

Salehuddin Ayub dengan nada yakin menyatakan PAS mendapat maklumat yang pengundi hantu ini mendapat habuan yang lumayan kepada mereka yang bersetuju menggunakan kad pengenalan pengundi tempatan semasa pembuangan undi nanti.


Dari manakah Salehuddin Ayub ini memperolehi maklumat ini? Apakah kesahihan maklumat ini sehingga terus disebarkan dalam akhbar? Apakah sumber maklumat ini daripada sumber yang benar atau sebagai modal bagi memburukkan BN dan SPR?

Mengikut sejarah PAS, ketika hari pembuangan undi semakin hampir, PAS dan Pakatan Pembangkang akan membuat apa sahaja termasuklah menabur fitnah sebagai jalan terakhir untuk meraih simpati dan sokongan ke atas calon PAS.

Oleh yang demikian, isu pengundi hantu yang dibawa PAS ini hanyalah helah bagi memberi alasan kepada faktor kekalahan PAS di DUN Merlimau nanti. Kenapa? Tak percaya? Tunggulah selepas keputusan diumumkan nanti.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger