Saturday, March 19, 2011

PILIHAN RAYA DUN SARAWAK 16 APRIL 2011


Ketika ini tajuk utama dan perbualan hangat rakyat Sarawak banyak berkisar kepada politik. Dengan tarikh genap Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya akan berakhir 23 Julai 2011, Kerajaan Sarawak kini hanya menunggu masa dan lampu hijau daripada Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri Malaysia.

Dijadualkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak datang ke Sarawak bagi menghadiri Sejiwa Senada Jalinan 1Malaysia yang diadakan di Serian. Lawatan Perdana Menteri ini menguatkan spekulasi bahawa Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.

Apakah Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan pada 16 April 2011? Sekiranya ini benar berlaku, pastinya pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac 2011. Apakah jangkaan ini benar?


Ketika ini rakyat boleh membuat pelbagai spekulasi Pilihan Raya DUN Sarawak. Spekulasi ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Ketua Menteri Sarawak dengan Tun Salahuddin di Astana, pagi Rabu lalu sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Wisma Bapa Malaysia.

Bagaimanapun pertemuan itu hanyalah prosedur biasa, sekali gus menolak spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjelaskan lagi keadaan ini, Ketua Menteri Sarawak memaklumkan akan mengumumkan ‘sesuatu’ perkara pada hari ini (Sabtu) yang dipercayai berhubung Pilihan Raya DUN Sarawak.


“Tunggu sehari lagi,” petikan kata-kata Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011.


Cakap-cakap Pilihan Raya DUN Sarawak semakin hangat setelah beberapa siri perjumpaan Ketua Menteri Sarawak bersama rakyat dan agensi, dan Konvensyen BN Sarawak yang telah diadakan awal bulan ini.

Sejiwa Senada, Kerajaan Bersama Rakyat yang dijadualkan akan berakhir pada penghujung bulan ini di Kuching menguatkan lagi betapa semakin hampir Pilihan Raya DUN Sarawak.

Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini merupakan yang pertama diadakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Perubahan dan transformasi yang dibawa Perdana Menteri sepanjang pemerintahannya sangat memberi kesan langsung kepada Sarawak terutamanya Gagasan 1Malaysia.

Keprihatinan Perdana Menteri ke atas keperluan kawasan luar bandar di Sarawak dan kebijaksanaan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak yang mengubah Sarawak menjadi maju pastinya memberikan keyakinan kepada rakyat Sarawak bahawa gandingan ini dapat membawa Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan menjadikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan, Malaysia Negara Maju. 

1 komen:

  1. DUN Sarawak di bubar : 26 MARCH 2011 (Saturday)

    Hari Penamaan Calon : 16 APRIL 2011 (Saturday)

    Polling Day : 30 APRIL 2011 (Saturday)

    UNDI JANGAN TAK UNDI
    BIAR BN PILIHAN DIHATI....

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger