Sunday, March 27, 2011

PKR BERNAFSU DI 52 KERUSI DUN, TETAPI HANYA MAMPU ADA 19 CALON SAHAJA



Selera besar PKR untuk bertanding di 52 kerusi DUN Sarawak dikatakan hanya sandiwara PKR dan Pakatan Pembangkang sahaja memandangkan mereka baru sahaja ada senarai 19 calon yang akan bertanding berbanding jumlah kerusi yang akan mereka tandingi berjumlah 52 kerusi DUN.

Apakah tindakan PKR ini yang mahukan 52 kerusi DUN hanya mahu mengelirukan rakyat Sarawak dan BN? Berasaskan kepada perkembangan terkini, PKR dikatakan hanya memiliki 19 calon manakala selebihnya masih belum diisi. Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku sedangkan hari penamaan calon hanya tinggal beberapa hari saja lagi?

Sekiranya PKR hanya mampu memiliki calon seramai 19 orang, DAP mahukan 20 kerusi, PAS berminat bertanding di 6 kerusi DUN dan SNAP bertanding di 27 kerusi berdasarkan jumlah kerusi yang telah nampak pada waktu ini, jumlah keseluruhannya adalah 72 kerusi. Terlebih 1 kerusi.

Jika ini berlaku, maka SNAP yang dilihat akan mempunyai peluang cerah untuk mengetengahkan calonnya menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pada ketika ini PKR telah tidak berkesempatan untuk mencari calon berwibawa kecuali mengambil calon tangkap muat. Terdahulu, PKR telah mengumumkan akan mengetengahkan calon-calon berwibawa dan terpelajar serta berkerjaya.

Bagi merealisasikan hasratnya untuk mahukan 52 kerusi, PKR terpaksa perlu mendapatkan 16 kerusi lagi bagi mencukupkan keseluruhannya sebanyak 52 kerusi.

Ketika ini, PKR secara muktamad akan bertanding di kawasan Tanjung Datu, Pantai Damai, Samariang, Satok, Demak Laut, Asajaya, Sadong Jaya, Lingga, Saribas, Kelaka, Lambir, Batu Danau, Bukit Kota. Ditambah pula dengan 6 lagi kerusi, iaitu Bekenu, Ba’kelalan, Padungan, Bengoh, Tarat dan Baleh.yang menjadi rebutan PKR dan DAP.

Berasaskan kerusi DUN, PKR juga telah menyenaraikan beberapa calon yang telah dimuktamadkan seperti Reduan Tuah, Wan Zainal Wan Sanusi, Zulrusdi Hol, Ahmad Nazib Johari, Ali Hossen Abang, Arip Ameran, Piee Ling, Sulaiman Kadir, Abang Zulkipli, Jaini Salini, Zuhaidah Suboh, Dr Lau dan Munir Karim.

PAS sekutu rapat DAP dan PKR yang sebelum ini mahukan 6 kerusi hanya mampu tunduk tanda setuju dengan PKR dan DAP yang memberikan 2 kerusi sahaja iaitu Sebuyau dan Beting Maro seperti yang diperolehi pada Pilihan Raya DUN 2006 lalu.

Ketika ini Pakatan Pembangkang tidak terlalu fokus terhadap perjuangan dan kuasa politik, tetapi sebaliknya bertungkus lumus mencari jalan penyelesaian dalam pembahagian kerusi yang semakin tenat. Sekiranya tiada jalan lain, Pakatan Pembangkang akan berhadapan sesama sendiri selain melawan BN Sarawak.

Lawan tetap Lawan ....

2 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger