Sunday, March 13, 2011

PKR MAHUKAN PILIHAN RAYA DUN SARAWAK AMAN??? AKU BERMIMPKAH?!!!



PKR Sarawak mahukan Pilihan Raya DUN Sarawak diadakan dengan aman dan tenteram? Betul ke? Gimik politik dan nak cari publisiti murahan kononnya PKR dah bertaubat.

Apakah cadangan itu sekadar gimik politik dalam menarik perhatian rakyat Sarawak? PKR Sarawak ketika ini sangat terdesak untuk mendapatkan publisiti dan sokongan rakyat Sarawak memandangkan jentera pilihan raya Pakatan Pembangkang belum bersedia dan mempunyai banyak kelemahan. Sebab itu rakan PKR, PAS cuba untuk melobi SPR untuk memanjang tempoh berkempen selama sebulan. Kononnya, Pakatan Pembangkang perlu mengambil masa yang panjang untuk berkempen di 71 DUN Sarawak.



Pakatan Pembangkang bukan sahaja hero keganasan dalam pilihan raya malah di Parlimen pun mereka juga hero. Sebab itu, Pakatan Pembangkang sanggup melakukan apa saja perbuatan termasuk tingkah laku seperti monyet dan kera di dalam hutan. Di Perak, sewaktu anggota Pakatan Pembangkang bertindak keluar parti dan menyokong BN sehingga menyebabkan mereka hilang majoriti 2/3 di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Kehilangan hak Pakatan Pembangkang di dalam DUN Perak tidak dapat diterima sehingga menyebabkan Persidangan DUN Perak ditangguhkan selama setahun. Tidak cukup dengan itu, Pakatan Pembangkang membuat Persidangan DUN di bawah pokok seperti sidang haiwan di dalam hutan. 




Apakah perancangan tersebumnyi PKR Sarawak yang mahu mengadakan perbincangan bersama BN Sarawak bagi menjamin kelancaran proses pilihan raya akan datang? Sejarah PKR Sarawak dan Pakatan Pembangkang sebelum ini telah menunjukkan sebaliknya. Menjadi amalan tradisi, PKR dan Pakatan Pembangkang gemar membuat provokasi dan kacau bilau ketika pilihan raya mahupun bukan masa pilihan raya. Mereka ini sanggup melawan polis dan pasukan keselamatan seperti undang-undang di bawah tapak kaki mereka.

Apakah syarat PKR Sarawak untuk menjadikan Pilihan Raya DUN Sarawak aman dan tenteram? Apakah Pakatan Pembangkang sanggup untuk tidak membawa pemimpin Pakatan Pembangkang dari Semenanjung seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Wan Azizah dan mereka yang banyak mencetuskan kekacauan dan keganasan? Sanggupkah pula mereka untuk tidak membawa ahli-ahli Pakatan Pembangkang ke Sarawak bagi membantu perjalanan kempen pilihan raya mereka?

Ketiadaan jeneral-jeneral pencetus kekacauan Pakatan Pembangkang dalam pilihan raya bagi membantu rakan mereka di Sarawak pastinya mengundang kelemahan ketara. Selama ini, Pakatan Pembangkang Sarawak banyak bergantung kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung khususnya dalam mengajar mengenai cara-cara untuk membuat provokasi dan menghuru-hara semasa pilihan raya.


Lihat sahaja PRK Parlimen P.212 Sibu yang lepas dengan memperlihatkan gelagat ahli-ahli Pakatan Pembangkang sama ada PKR, DAP mahupun PAS yang membuat kacau bilau semasa penamaan calon dan sehari sebelum hari pengundian. Kekacauan yang dilakukan Pakatan Pembangkang bukan sahaja dilihat dalam bentuk fizikal seperti tunjuk perasaan, protes dan perhimpunan jalanan, tetapi juga dalam bentuk lisan seperti menabur fitnah dan menyerang peribadi calon lawan.

Ketegangan sewaktu penamaan calon merupakan kemuncak keganasan yang dilakukan Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan rakyat tempatan berasa takut untuk terlibat dalam pilihan raya. Ada di kalangan rakyat tempatan digertak dan diugut semasa mahu membuang undi.

Budaya politik Sarawak yang masih bersih dan suci sesekali dicemari politik keganasan yang ditunjukkan Pakatan Pembangkang. Mereka bukan sahaja tidak menghiraukan sensitiviti masyarakat Sarawak bahkan mencetuskan kekacauan dengan tidak mengambil peduli kesucian budaya Sarawak.

Sebaik sahaja tamat pilihan raya, pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang akan meninggalkan Sarawak tanpa rasa bersalah. Sepeninggalan Pakatan Pembangkang, mereka bukan sahaja meninggalkan budaya ganas malah menyebabkan politik Sarawak sudah mengalami detik hitam. Sejak bersama membentuk Malaysia, Sarawak tidak pernah mengalami keganasan politik bahkan BN Sarawak sentiasa menjadi tulang belakang Sarawak dalam mewujudkan persekitaraan yang aman dan damai selari dengan konsep politik pembangunan dan 1Malaysia.

Rakyat Sarawak menolak sekeras-kerasnya keganasan politik yang dibawa Pakatan Pembangkang. 

1 komen:

  1. Jangan percaya bila nyamuk berjanji tidak hisap darah.

    Mereka datang dari parti samseng apa lagi yang mereka paling bagus dan pandai kalau bukan kacau bilau.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger