Tuesday, March 8, 2011

PKR = PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI CIPTA LAGI KEJUTAN



Kejutan. PKR menerima kejutan lagi ketika Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sibuk mencabar Ketua Menteri Sarawak untuk berdebat. Pastinya, saban hari kedengaran ahli-ahli PKR keluar parti beramai-ramai bagi menandakan kehancuran PKR di Sarawak.

Terbaru, seramai 194 ahli Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mambong Zon Kampung Git/ Nyiru bertindak keluar parti dengan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bengoh.

Diketuai oleh Ketua Pemuda PKR Mambong Zon Git/Nyiru Robert Assan, kumpulan tersebut mendakwa tindakan mereka itu berpunca daripada kesilapan pimpinan parti pembangkang itu sendiri yang telah menjanjikan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.

“Kami telah menyertai PKR selama enam tahun dan mereka telah menjanjikan sesuatu… selama ini kami menunggu, tetapi apa yang dijanjikan tidak ditepati".

Ketika Pilihan Raya DUN Sarawak kian hampir fenomena ahli-ahli Pakatan Pembangkang keluar parti pasti akan menghiasi dada-dada akhbar sebagai asam garam politik. Selepas ini PKR boleh dikenali sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger