Sunday, March 27, 2011

PKR: SUDAH TERANG LAGI BERSULUH



Dipihak DAP, “Kami beri betis, mereka (PKR) mahukan paha. Kami tidak akan saling bertukar apa yang menjadi milik kami dan ia memberi kami sebarang pilihan lain melainkan kekal kepada 18 kerusi tersebut”.

Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen

Malah, “Saya diamanahkan untuk memberitahu anda (pemberita) mengenai berita sedih bahawa mesyuarat untuk rundingan kerusi tidak berjaya”

Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen

Dua kenyataan di atas yang diungkap dan keluarkan Setiausaha DAP Sarawak terhadap PKR Sarawak yang enggan berkrompomi dalam pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.


DAP Sarawak juga menyelar tindakan PKR yang diwakili Timbalan Azmin Ali yang berunding bagi pembahagian kerusi DUN Sarawak.

Sudah terang lagi bersuluh, apakah sebabnya Baru Bian menafikan hubungan kedua-dua parti sudah tidak sehaluan lagi? Dengan hanya tinggal beberapa hari lagi penamaan calon, PKR dijadualkan akan mengumumkan calon pada penghujung bulan ini yang akan disempurnakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Puncak konflik PKR-DAP berterusan apabila PKR bertegas mahukan 52 kawasan DUN, DAP 18 kawasan DUN dan PAS 6 kawasan DUN. Sebuah lagi parti, SNAP juga berkonflik dengan PKR yang mahukan 40 kawasan DUN. Susulan dengan itu, konflik PKR-DAP-SNAP-PAS ini memerlukan SPR mewujudkan 106 kawasan DUN di Sarawak berbanding ketika ini hanya 71 kawasan DUN sekiranya hendak memenuhi tuntutan Pakatan Pembangkang.

Bagi yang pernah mengikuti perkembangan pembahagian kawasan DUN Pakatan Pembangkang sebelum ini, pastinya masih ingat Baru Bian dan Chong Chieng Jen pernah menyatakan bahawa pembahagian kawasan DUN akan dimuktamadkan sebelum pembubaran DUN. Konflik pertindihan kawasan DUN ini sudah bermula pada awal tahun lepas dan sehingga kini masih belum diselesaikan. Kemunculan SNAP pada pertengahan tahun lepas yang menyertai Pakatan Pembangkang telah merumitkan lagi hubungan mereka. Akhirnya, konflik ini tiada kesudahan dan menyaksikan hubungan Pakatan Pembangkang rengang dan tidak mampu untuk bekerjasama antara satu sama lain.
  
Kenyataan Baru Bian “Saya baru sahaja berbual dengan presiden (Azmin Ali), rundingan masih berlangsung… saya tidak mahu mengulas atau menambah apa yang telah dikatakan oleh YB Chong Chieng Jen (Setiausaha DAP Negeri) hanyalah bagi menyembunyi kepada wartawan dan rakyat bahawa sebaliknya situasi yang berlaku adalah semakin parah.

Menjadi mainan politik kenyataan Baru Bian adalah semata-mata untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa tiada apa-apa konflik yang berlaku antara PKR-DAP. Sedangkan, DAP sudah terang menjelaskan bahawa DAP tidak dapat berkerjasama dengan PKR yang disifatkan terlalu tamak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger