Monday, March 14, 2011

PROF DR SIM KUI HIAN MULA TURUN PADANG, VIOLET YONG KEBINGUNGAN



Presiden SUPP sebelum ini telah mengumumkan Prof Dr Sim Kui Hian sebagai calon BN-SUPP bagi merampas DUN Pending yang ketika ini dipegang DAP.

Ketika mengumumkan Prof Dr Sim Kui Hian sebagai calon BN-SUPP di DUN Pending, penyandang DUN Pending, Violet Yong gelisah memikirkan situasinya pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Ini disebabkan, selain Prof Dr Sim Kui Hian yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan hubungan mesranya dengan rakyat sepanjang perkhidmatan beliau sebagai doktor di bahagian kardiolgi Hospital Umum Sarawak.

Penglibatan Prof Dr Sim Kui Hian dalam politik bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya memandangkan ada di kalangan ahli keluarganya yang pernah terlibat dalam politik. Justeru, sebagai pengamal perubatan yang terlibat dalam politik, Prof Dr Sim Kui Hian menganggap penglibatannya dalam politik bukanlah penamat ke atas kerjayanya. Malah bidang politik yang akan diceburinya itu nanti akan mendekatkan beliau dengan rakyat khususnya menyumbangkan pengalamannya dalam bidang perubatan.


Mengenali Prof Dr Sim Kui Hian secara lebih dekat bukanlah perkara yang sukar. Memandangkang beliau seorang yang mudah didekati dan cepat mesra membuatkan ramai tidak menyangka bahawa beliau adalah seorang doktor yang amat disegani di seluruh dunia. Selain mempunyai personaliti yang menarik dan bebas daripada sebarang tuduhan negatif, Prof Dr Sim Kui Hian juga seorang sukarelawan yang sangat prihatin.

Ditanya mengenai lawan yang juga penyandang DUN Pending, Prof Dr Sim menyatakan Violet Yong telah menjalankan tugasnya dengan baik, namun dengan adanya BN di DUN Pending pasti akan lebih baik. Pembangunan yang terdapat di DUN Pending ketika ini adalah hasil daripada perjuangan BN dan DAP hanya ‘menumpang’ sahaja. Menjadi kelaziman DAP, mereka hanya sebagai parti pendesak sahaja walaupun insiden yang dilaporkan itu tidak mempunyai sebarang perkaitan. Dengan harapan, insiden yang dilaporkan akan mendapat perhatian dan meraih simpati rakyat.

Selepas ini, Violet Yong pastinya akan memikirkan strategi lain pula dalam menghadapi Prof Dr Sim di DUN Pending. Berasaskan kepada calon yang diketengahkan BN-SUPP, nescaya BN berpeluang cerah merampas DUN Pending daripada DAP. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger